Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
redmi note 11se

Peranti Redmi Ini Akan Hadir Tanpa Pengecas Dalam Kotak Pembelian

Diterbitkan Ogos 26, 2022 · Dikemas kini Ogos 26, 2022 oleh Amalina Athman

Trend jualan telefon pintar tanpa pengecas dalam kotak pembelian bukanlah perkara baharu. Apple terlebih dahulu melakukannya semasa pelancaran siri iPhone 12 dan diikuti oleh Xiaomi semasa pengenalan Mi 11. Selain itu, Samsung juga tidak menyertakan pengecas bagi peranti andalan, bermula siri Galaxy S21.

Terbaharu, Redmi Note 11SE yang dilancarkan di India beberapa hari lepas, dilaporkan akan dijual tanpa pengecas dalam kotak pembelian.

Peranti Redmi Ini Akan Hadir Tanpa Pengecas Dalam Kotak Pembelian

Perkara ini disahkan melalui laman web rasmi Mi India yang menyatakan kotak bungkusan Redmi Note 11SE hanya disertakan bersama kabel USB Type-C, SIM Ejector, sarung pelindung, panduan permulaan dan kad waranti.

Berkaitan

  • Dua Redmi Note 11 5G Masuk Malaysia, Harga Bawah RM1600
  • Spesifikasi Redmi K50S Tertiris, Dijana Snapdragon 8 Gen 1 Dengan Kamera 200MP
  • Modul Kamera Didedah, Xiaomi 12T Pro Dijangka Redmi K50 Ultra Yang Dijenama Semula

Buat masa ini, semua peranti Redmi lain, yang dijual di laman web tersebut masih menyertakan pengecas. Masih belum diketahui jika penjualan Redmi Note 11SE tanpa pengecas ini adalah sebagai langkah percubaan dari Redmi atau sebaliknya tidak lagi menawarkan pengecas dalam kotak pembelian untuk peranti Redmi akan datang.

Sumber: Mi India

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY