Dua Redmi Note 11 5G Masuk Malaysia, Harga Bawah RM1600

Redmi merupakan sebuah jenama di bawah Xiaomi dengan fokusnya terhadap peranti kelas pertengahan termasuk menyediakan peranti dalam kelas pertengahan premium.

Hari ini, Xiaomi Malaysia telah bertindak melancarkan tiga peranti 5G iaitu Redmi Note 11S 5G, Redmi Note 11 Pro+ dan Redmi 10 5G bagi pasaran tempatan.

Redmi Note 11S 5G


Telefon dengan sokongan 5G ini dijana cip MediaTek Dimensity 810, pilihan RAM 4GB dan 6GB bersama storan 64GB serta 128GB.

Kamera di belakang dilengkapkan tiga lensa, 50MP f/1.8 utama, 8MP f/2.2 sudut lebar dan 2MP f/2.4 makro.



Selain itu, paparannya pula hadir dengan skrin 6.6 inci FHD+ dengan kadar segar 90Hz dan input sentuh 240Hz serta liputan warna DCI-P3.

Soal kuasa pula, bateri sebesar 5000mAh menjadi punca nyawanya dan pengecas 33W disertakan bersama.



Keluar dari kotak, ia langsung menjalankan MIUI 13 berasaskan Android 11. Tersedia dalam 3 warna iaitu Midnight Black, Twilight Blue dan Star Blue, hanya sebuah varian ditawarkan.

  • 6GB + 128GB - RM999


Redmi Note 11S 5G ini boleh didapati di kesemua kedai Xiaomi seluruh negara bermula 22 April 2022.

Redmi Note 11 Pro+ 5G


Seperti namanya, versi Pro ini semestinya membawakan spesifikasi yang lebih baik.

Dalamannya dilengkapkan MediaTek Dimensity 920, RAM sebesar 6GB dan 8GB bersama storan daripada 128GB hingga 256GB.

Skrin AMOLED bersaiz 6.67 inci menyerikan lagi spesifikasi ini bersama kadar segar 120Hz dan input sentuh 360Hz.

Puncak kecerahannya pula setinggi 1200 nit dan dengan perlindungan kaca Corning Gorilla Glass 5 untuk panel hadapan.



Baterinya pula berkapasiti 4500mAH dengan pengecas 120W HyperCharge turut disertakan.

Selain kadar pengecasan tinggi, yang menjadi pelaris model ini juga ialah kameranya.

Tiga lensa tersebut ialah 108MP f/1.8, sudut lebar 120 darjah iaitu 8MP f/2.2 dan 2MP f/2.4. Saiz sensor pada kamera 108MP ialah 1/1.52 inci manakala kamera swafoto 16MP.

Kamera utamanya menggunakan sensor Samsung HM2 dengan dua OIS.

Selain itu, versi Pro ini juga mempunyai kalis percikan air IP53 dan pembesar suara dengan penjenamaan "Sound by JBL".



Sedikit pelik, versi Pro ini hanya menjalankan MIUI 12.5, bukan MIUI 13 seperti Note 11S.

Telefon ini juga mempunyai pengiktirafan TÜV Rheinland's Safe Fast-Charge System bagi sistem pengecasannya.

Hadir dengan 3 warna Graphite Gray, Forest Green dan Star Blue, inilah harganya:

  • 8GB + 128GB - RM1,499 

  • 8GB + 256GB - RM1,599


Ia mula djiual pada 6 April 2022 di Lazada dan Shopee. Sebuah promosi akan diadakan dengan diskaun RM100 untuk setiap varian Redmi Note 11 Pro+ 5G ini bagi mereka yang terawal.
Klik SINI untuk membelinya di Lazada atau klik SINI untuk membelinya di Shopee.

Selain itu, sebuah edisi khas iaitu Redmi Note 11 Xiaomi Fan Festival Edition akan dijual ekslusif dalam talian dengan spesifikasi 4GB + 128GB pada harga RM749 bermula 6 April 2022. Ia boleh didapati pada RM699 bagi mereka yang membelinya sewaktu jualan kilat di Shopee dan Lazada.

Baca juga: