Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Spesifikasi Redmi K50S Tertiris, Dijana Snapdragon 8 Gen 1 Dengan Kamera 200MP

Posted on Julai 28, 2022

Redmi K50S yang akan dilancarkan kelak akan menjadi model terbaru dalam barisan K50. Bezanya, ia akan dijana cip Snapdragon tidak seperti model sebelum ini, jika ura-ura ini tepat.

Yogesh Brar berkongsi spesifikasi yang dipercayai ditetapkan untuk telefon ini.

Redmi K50S akan dijana Snapdragon 8 Gen 1 dengan pilihan RAM sebesar 8GB dan 12GB serta ROM 128GB dan 256GB.

Telefon ini turut dikhabarkan dilengkapi skrin OLED 6.67 inci. Paparannya juga berfungsi mengimbas cap jari untuk nyahkunci.

Redmi K50s Pro
(rumoured)

– 6.67" OLED, 120Hz, HDR10+
– Snapdragon 8+ Gen 1 SoC
– Rear Cam: 200MP + 8MP (UW) + 2MP (Macro)
– Front Cam: 20MP
– 8/12GB RAM
– 128/256GB storage
– Android 12, MIUI 13
– 5,000mAh battery, 120W charging
– Dual speakers, in-display fingerprint

— Yogesh Brar (@heyitsyogesh) July 27, 2022

Dari segi perisian, ia menjalankan Android 12 dengan MIUI 13.

Bateri padanya berkapasiti 5,000mAh dan boleh dicas dengan kelajuan 120W.

Kamera 3 di belakang ialah lensa 200MP, 8MP sudut lebar dan 2MP makro. Swafoto pula 20MP.

Siri K dari Redmi yang dijual di China ini menjadi tumpuan kerana lazimnya ia akan dijual oleh Poco ke pasaran antarabangsa tanpa sebarang perubahan spesifikasi .

Contohnya, Redmi K50 yang dipasarkan sebagai Poco F4 GT ke luar China.

Apa-apa pun, setiap ura-ura harus kita ambil sebagai makluman saja, bukannya pedoman.

Sumber: Yogesh Brar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress