Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Modul Kamera Didedah, Xiaomi 12T Pro Dijangka Redmi K50 Ultra Yang Dijenama Semula

Modul Kamera Didedah, Xiaomi 12T Pro Dijangka Redmi K50 Ultra Yang Dijenama Semula

Diterbitkan Ogos 15, 2022 oleh Amalina Athman

Pada awal bulan lalu, Xiaomi 12T Pro telah disenaraikan di laman web SIRIM, yang menandakan ia mungkin dilancarkan tidak lama lagi. Desas-desus sebelumnya menyatakan Xiaomi 12T Pro akan dimuatkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 8+ Gen 1 dan tetapan kamera utama 200MP.

Berkaitan

  • Xiaomi 12T Pro Lulus SIRIM, Ini Ura-Ura Spesifikasi Dua Model Siri Ini
  • Huawei, Xiaomi, vivo Cari Jalan Penyelesaian Atasi Isu Telefon 5G Cepat Panas
  • Xiaomi Kembali Rampas Takhta Telefon Pintar Nombor 1 Di Malaysia

Terkini, laporan menyatakan berkemungkinan Xiaomi 12T Pro adalah Redmi K50 Ultra yang dijenamakan semula. Menguatkan lagi khabar angin itu, modul kamera yang hampir sama seperti Redmi K50 Ultra turut didedahkan.

Modul Kamera Didedah, Xiaomi 12T Pro Dijangka Redmi K50 Ultra Yang Dijenama Semula

Melalui imej yang dikongsi, ia menunjukkan tetapan lensa utama yang terpapar perkataan “200MP” pada modul kamera dan sumber mendakwa peranti dalam gambar tersebut adalah Xiaomi 12T Pro.

Untuk rekod, Redmi K50 Ultra diumumkan di China dan kebiasaannya produk Redmi akan dijenamakan semula dengan nama yang berbeza untuk pasaran global. Tambahan pula, Redmi K50 Ultra dan 12T Pro mempunyai nombor model yang sama iaitu 22081212C dan 22081212UG, dengan perbezaan di hujung huruf yang menandakan pasaran China Global.

Sudah tentu, dengan penyenaraian Xiaomi 12T Pro dalam laman web SIRIM, maklumat yang lebih sahih mengenainya akan menyusul tidak lama lagi.

Sumber: GSM Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY