Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peranti Penjejak Kesihatan Tanpa Skrin Makin Popular, Huawei, Xiaomi Dan Apple Kekal Kuasai Pasaran

Peranti Penjejak Kesihatan Tanpa Skrin Makin Popular, Huawei, Xiaomi Dan Apple Kekal Kuasai Pasaran

Diterbitkan Ogos 14, 2026 · Dikemas kini Ogos 14, 2026 oleh ariff bukhari

Berdasarkan laporan terbaharu daripada firma penyelidikan Omdia, penghantaran peranti boleh pakai (wearable band) secara global mengalami penurunan sebanyak 2% bagi suku kedua (Q2) 2026 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Penurunan ini mencerminkan perubahan ketara dalam corak permintaan pengguna, yang kini terbahagi kepada dua segmen utama iaitu jam sukan canggih dan penjejak kecergasan minimalis tanpa skrin (screenless trackers).

Band_Active.width-1000.format-webp (1)
Google Fitbit Air.

Menurut Omdia, penjejak tanpa skrin seperti Google Fitbit Air dan Garmin Cirqa mula mendapat tempat dengan kini menyumbang 15% daripada keseluruhan penghantaran kategori basic band.

Peranti Penjejak Kesihatan Tanpa Skrin Makin Popular, Huawei, Xiaomi Dan Apple Kekal Kuasai Pasaran

Dalam persaingan jam pintar (smartwatch) pula, Apple kekal mendahului pasaran global dengan penguasaan 46%, biarpun sedikit merosot berbanding tahun lalu.

Garmin pula mencatatkan peningkatan sehingga 15%, menyamai kedudukan Samsung di tangga kedua hasil permintaan tinggi terhadap jam sukan dan aktiviti luar.

Bagi keseluruhan pasaran wearable band (termasuk basic band dan jam pintar), Huawei mendahului dengan penguasaan pasaran 18% (naik daripada 17%) hasil daripada pengembangan berterusan portfolio peranti boleh pakainya, termasuk pelancaran global jam tangan pintar untuk kanak-kanak.

Seterusnya diikuti Xiaomi pada 17%, Apple pada 16%, serta Samsung dan Garmin yang masing-masing memegang 6%.

Peranti Penjejak Kesihatan Tanpa Skrin Makin Popular, Huawei, Xiaomi Dan Apple Kekal Kuasai Pasaran

Namun, bagi pasaran jam pintar global, nama besar pemain industri termasuklah Apple yang jauh meninggalkan pesaing dengan penguasaan pasaran sebanyak 46%.

Diikuti Samsung, Garmin dan Huawei yang turut kekal menguasai pasaran setakat suku ke-2  tahun ini.

Peranti Penjejak Kesihatan Tanpa Skrin Makin Popular, Huawei, Xiaomi Dan Apple Kekal Kuasai Pasaran

Laporan Omdia turut menyorot peningkatan kos memori dan komponen storan yang mendorong kenaikan harga jualan purata (ASP), terutamanya bagi model keluaran Samsung dan siri jam sukan.

Untuk kekal bersaing dalam pasaran yang semakin mencabar ini, Omdia melihat pengeluar kini memberi tumpuan kepada kualiti analisis data kesihatan, ketahanan bateri yang lebih panjang, serta keserasian ekosistem merentas platform.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Amazfit Lancar Helio Strap Pro, Peranti Baru Jejak Degupan Jantung Dan Pergerakan Badan
  • Amazfit Balance 3 Kini Dijual Pada Harga Bermula RM1,599

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY