Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huawei watch kids x1

Siri HUAWEI Watch Kids X1 – Jam Pintar Kanak-Kanak Dijual Pada Harga Bermula RM999

Diterbitkan Jun 9, 2026 · Dikemas kini Jun 9, 2026 oleh Amsyar Latif

Huawei Malaysia rasmi memasuki kategori jam tangan pintar keluarga dengan melancarkan siri HUAWEI WATCH KIDS X1.

Siri ini direka khusus untuk pasaran generasi muda dengan menggabungkan fungsi komunikasi, kreativiti, serta ciri keselamatan pintar bagi memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa.

Koleksi ini hadir dalam dua varian iaitu HUAWEI WATCH KIDS X1 dan HUAWEI WATCH KIDS X1 Pro.

Kedua-duanya dilengkapi dengan paparan skrin AMOLED bersaiz 1.82 inci yang terang serta menampilkan reka bentuk kamera HD depan dan belakang yang boleh ditanggalkan serta diputar (detachable rotatable design).

Menariknya, varian X1 Pro dilengkapi dengan modul kamera berasingan (standalone camera) terbina.

Siri jam tangan pintar ini juga memuatkan sistem penjejakan lokasi masa nyata (real-time location awareness) gred tinggi bagi memudahkan ibu bapa memantau keselamatan anak-anak mereka dari jauh.

Dari segi estetika, siri ini membawakan reka bentuk bertemakan robot (mecha-inspired).

Model X1 ditawarkan dalam warna merah jambu (Pink) dan biru (Blue), manakala model X1 Pro hadir dengan pilihan warna hitam (Black) dan ungu (Purple).

Di pasaran tempatan, HUAWEI WATCH KIDS X1 dijual pada harga RM999 manakala varian HUAWEI WATCH KIDS X1 Pro diletakkan pada tanda harga RM1,599.

IMAGE 3

Sesi pra-tempahan kini dibuka di Stor Rasmi HUAWEI berserta hadiah percuma bernilai sehingga RM808 yang merangkumi langganan HUAWEI Care+ selama setahun dan jaminan rantau APAC selama setahun.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • HUAWEI nova 15 Max Kini Tiba Di Malaysia - Bateri 8,500mAh, Harga RM1,699
  • HUAWEI MatePad Pro Max Tiba Di Malaysia – Tablet Skrin 3K Paling Nipis Dunia Pada Harga RM5,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY