Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Amazfit Balance 3 & Ultra Dilancar, Bateri Tahan Sehingga 30 Hari

Amazfit Balance 3 Kini Dijual Pada Harga Bermula RM1,599

Diterbitkan Julai 13, 2026 oleh Amsyar Latif

Amazfit secara rasmi melancarkan ekosistem Hybrid Training di Malaysia bersama pengenalan dua jam tangan pintar baharu, Amazfit Balance 3 dan Amazfit Balance Ultra. Pada masa sama, Balance 3 kini mula dijual di Malaysia, manakala Balance Ultra ditawarkan sebagai model premium untuk pengguna yang mahukan prestasi lebih tinggi.

Ekosistem Hybrid Training menggabungkan jam tangan siri Balance dengan aplikasi Zepp bagi membantu pengguna memahami hubungan antara latihan, pemulihan, tidur, tekanan dan aktiviti harian. Data yang dikumpulkan diterjemahkan kepada cadangan latihan bagi membantu meningkatkan prestasi dalam jangka panjang.

WhatsApp Image 2026-07-13 at 12.39.05
WhatsApp Image 2026-07-13 at 12.39.05 (1)
WhatsApp Image 2026-07-13 at 12.39.06

Kedua-dua model turut menyokong latihan HYROX, selari dengan status Amazfit sebagai rakan rasmi wearable HYROX. Antara ciri yang disediakan termasuk pelan latihan HYROX, simulasi perlumbaan, Virtual Pace serta analisis prestasi selepas perlumbaan.

Balance 3 dan Balance Ultra turut dilengkapi paparan AMOLED 1.5 inci dengan kaca nilam (sapphire), tahap kecerahan sehingga 3,000 nits, GPS dwi-band dengan sokongan enam sistem satelit serta peta luar talian.

Untuk pemantauan kesihatan, kedua-duanya menawarkan pengesanan kadar denyutan jantung, HRV, tidur, tekanan, paras oksigen darah (SpO₂) dan kadar pernafasan. Jam tangan ini juga menyokong 25 jenis latihan kekuatan yang boleh dikesan secara automatik, panggilan Bluetooth, kawalan suara Zepp Flow serta storan terbina dalam.

Dari segi ketahanan bateri, Balance 3 mampu bertahan sehingga 21 hari, manakala Balance Ultra sehingga 30 hari.

Di Malaysia, Amazfit Balance 3 Stainless Steel dijual pada harga RM1,599, dengan harga promosi pelancaran RM1,499.

Balance 3 Titanium akan ditawarkan pada harga RM1,999, manakala Balance Ultra berharga RM2,599 dengan harga promosi RM2,349. Semua model akan dijual menerusi kedai rasmi Amazfit Malaysia dan pengedar terpilih.

Berkaitan

  • Amazfit Cheetah 2 Pro Tiba Di Malaysia Pada Harga RM2,099
  • Amazfit Lancar Helio Strap Pro, Peranti Baru Jejak Degupan Jantung Dan Pergerakan Badan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY