Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peranti Huawei Mungkin Guna Kamera Disebalik Paparan Berdasarkan Imej Paten

Peranti Huawei Mungkin Guna Kamera Disebalik Paparan Berdasarkan Imej Paten

Diterbitkan Jun 2, 2020 · Dikemas kini Jun 2, 2020 oleh Helmi Samsuri

Kamera hadapan disebalik paparan sudah kedengaran sejak beberapa tahun lepas seperti Samsung sewaktu melalui 2018 Samsung OLED Forum. Tahun lalu pula kita dihidangkan dengan prototaip daripada Xiaomi dan OPPO.

Kini, ciri tersebut sekali lagi timbul dimana imej paten yang difailkan oleh Huawei sudah diterbitkan pada laman CNIPA. Permohonan paten itu dikatakan dibuat pada 28 Oktober 2019.

Peranti Huawei Mungkin Guna Kamera Disebalik Paparan Berdasarkan Imej Paten
Imej yang dikaitkan dengan siri P
Peranti Huawei Mungkin Guna Kamera Disebalik Paparan Berdasarkan Imej Paten
Imej yang dikaitkan dengan siri Mate

Berdasarkan imej, paparan melengkung pada sisi dan tidak disertakan dengan butang fizikal. Ini mengingatkan kita kepada siri Mate 30 yang menggunakan butang haptik.

Selain itu panel hadapan juga tidak menunjukkan sebarang rekaan takuk mahupun paparan berlubang. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran ciri kamera hadapan disebalik paparan bakal digunakan.

Menguatkan lagi perkara ini, perkhabaran dari China ada menyatakan Huawei bakal menjadi pengeluar pertama dengan teknologi tersebut dan diramal hadir pada siri Mate 40.

Screenshot 2020-06-02 at 4.21.15 PM

Terdahulu, Naib Presiden OPPO Brian Shen ada menyatakan kualiti imej kamera disebalik paparan mungkin tidak setanding kamera hadapan biasa.

Peranti Huawei Mungkin Guna Kamera Disebalik Paparan Berdasarkan Imej Paten

Walaupun begitu, kenyataan itu dibuat pada tahun yang lalu dan mungkin Huawei mempunyai solusi untuk masalah itu.

Sumber: Lets Go Digital

Beli Huawei siri P40 di Lazada (https://invol.co/clojh4) atau Shopee (https://invol.co/clojh0).

Beli Huawei siri Mate 30 di Lazada (https://invol.co/clojh9) atau Shopee (https://invol.co/clojha)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY