Samsung Mahu Bina Telefon Dengan Kamera Di Dalam Panel Paparan

Selain Sony, Samsung juga terkenal dengan kedegilan mereka untuk menggunakan rekaan takuk meskipun ia menjadi semakin popular hari ini. Walaupun tindakan mereka itu disokong oleh ramai pengguna, ia akan menghalang Samsung untuk menggunakan ruang panel hadapan peranti sebagai skrin paparan semaksima mungkin.

Mungkin menyedari hakikat berkenaan, Samsung kini hadir dengan teknologi baru yang membolehkan sensor kamera peranti disembunyikan di dalam paparan skrin. Ia sekaligus membolehkan peranti mempunyai paparan lebih luas tanpa perlu menggunakan takuk.

https://twitter.com/UniverseIce/status/1053250982790889481

Teknologi yang sedang dibangunkan itu telah diumumkan semasa Forum OLED 2018 di China baru-baru ini. Selain teknologi ini, Samsung turut menyatakan rancangan mereka untuk membawa beberapa teknologi lain termasuk imbasan cap jari dalam skrin dan sistem bunyi dalam skrin pada peranti mereka di masa akan datang.

https://twitter.com/Samsung_News_/status/1052983265433411585

Perkara ini pastinya menarik perhatian peminat Samsung yang mahukan nisbah paparan yang lebih besar. Bagaimanapun menurut kicauan Twitter Samsung Mobile News, peranti dengan teknologi ini mungkin hanya akan dapat kita lihat pada tahun 2020 nanti.

 

Sumber : Ice Universe    Samsung Mobile News    CNET