Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Ulas Lanjut Mengenai Kamera Hadapan Dibawah Skrin Paparan

Xiaomi Ulas Lanjut Mengenai Kamera Hadapan Dibawah Skrin Paparan

Diterbitkan Jun 10, 2019 · Dikemas kini Jun 10, 2019 oleh Helmi Samsuri

Kita sudah sedia melihat peranti pintar didatangkan dengan rekaan kamera hadapan, membolehkan nisbah paparan ditingkatkan. Dari takuk, teknologi kamera terangkat hinggalah kepada rekaan punch hole. Inovasi itu nampaknya bakal berkembang lagi kearah penggunaan kamera dibawah skrin paparan dimana dua syarikat telah mempertontonkannya, Xiaomi dan OPPO.

Xiaomi Ulas Lanjut Mengenai Kamera Hadapan Dibawah Skrin Paparan
Imej | IGyaan

Bercerita mengenainya, Timbalan Presiden Xiaomi, Wang Xiang telah berkongsi informasi lanjut mengenai ciri tersebut. Untuk melaksanakannya, kedudukan kamera masih berada ditempat sama iaitu diatas peranti tetapi tanpa kehadiran takuk atau lubang pada skrin. Ia dilapisi dengan kaca reflektif rendah khas dengan transmisi tinggi.

Xiaomi Ulas Lanjut Mengenai Kamera Hadapan Dibawah Skrin Paparan
Xiaomi Ulas Lanjut Mengenai Kamera Hadapan Dibawah Skrin Paparan
Xiaomi Ulas Lanjut Mengenai Kamera Hadapan Dibawah Skrin Paparan

Selain itu teknologi ini turut menggunakan anod dan katod yang telus berbeza dari paparan normal lain. Apabila berada dalam mod kamera paparan diatas kamera berkebolehan menjadi telus, membenarkan cahaya melepasinya dan menuju kearah lensa serta sensor. Namun jika diluar mod kamera, ia berfungsi seperti skrin paparan biasa yang memaparkan kandungan diatasnya.

Kehadiran teknologi sebegini sudah tentu ditagih pembeli yang kurang gemar dengan rekaan kamera hadapan sedia ada disamping lebih menjamin paparan yang lebih luas untuk ditonton. Diharapkan kita tidak perlu menunggu lama untuk melihat ia ditawarkan pada perantisebenar.

Sumber: Twitter Wang Xiang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY