Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perancis Tinggalkan Windows, Beralih Ke Linux

Perancis Tinggalkan Windows, Beralih Ke Linux

Diterbitkan April 15, 2026 oleh Amsyar Latif

Kerajaan Perancis melalui Direktorat Digital Antara Kementerian (DINUM) kini tekad mahu mengurangkan kebergantungan mereka terhadap teknologi dari luar Eropah.

Dalam satu pertemuan rasmi pada 8 April 2026, kerajaan secara terbuka mengumumkan langkah besar untuk mula meninggalkan sistem operasi Windows di jabatan-jabatan kerajaan dan beralih kepada sistem operasi Linux.

Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha untuk “bebas” daripada kawalan alatan Amerika Syarikat bagi memastikan data penting negara kekal di tangan sendiri.

Selain tukar sistem operasi, agensi utama seperti Insurans Kesihatan Kebangsaan (CNAM) sudah mula memindahkan 80,000 kakitangan mereka kepada aplikasi buatan tempatan seperti Tchap dan FranceTransfert.

Kerajaan juga menyasarkan untuk memindahkan platform data kesihatan negara ke sistem awan Eropah yang lebih selamat menjelang akhir tahun 2026. Ini bagi mengelakkan risiko harga langganan yang tidak menentu atau perubahan undang-undang oleh syarikat asing.

DINUM akan memantau pelan setiap kementerian yang merangkumi pangkalan data, kecerdasan buatan (AI), antivirus, dan peralatan rangkaian.

Inisiatif ini juga bakal disokong oleh satu gabungan khas antara sektor awam dan swasta yang akan dilancarkan pada Jun 2026.

Berkaitan

  • Rasa Tidak Puas Hati Ke Atas Windows Antara Sebab Populariti Linux Meningkat
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Matikan Fungsi Windows 11 Ini Untuk Internet Lebih Stabil Dan Jimat Ruang Storan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
©2026 WISER.MY