Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rasa Tidak Puas Hati Ke Atas Windows Antara Sebab Populariti Linux Meningkat

Rasa Tidak Puas Hati Ke Atas Windows Antara Sebab Populariti Linux Meningkat

Diterbitkan Julai 18, 2025 · Dikemas kini Julai 21, 2025 oleh ariff bukhari

Berdasarkan laporan terbaharu daripada StatCounter bagi Jun 2025, Linux buat pertama kali berjaya menguasai 5.03% pasaran komputer meja di Amerika Syarikat.

Malah, apabila mengambil kira sistem Chrome OS (yang juga berasaskan kernel Linux), jumlah keseluruhan sistem berteraskan Linux kini mencecah 7.74%.

Walaupun angka itu mungkin kelihatan jauh lebih kecil berbanding Windows (63.2%), peningkatan ini sekali gus menunjukkan perubahan pengguna, terutamanya mereka yang mahukan lebih kawalan dan privasi.

Rasa Tidak Puas Hati Ke Atas Windows Antara Sebab Populariti Linux Meningkat

Beberapa faktor yang mendorong kepada kebangkitan ini antaranya ialah rasa tidak puas hati pengguna terhadap ekosistem Microsoft, termasuk penghujung sokongan Windows 10, keperluan perkakasan tinggi untuk Windows 11, serta isu berkaitan privasi, kemas kini automatik dan iklan dipapar dalam sistem itu.

Ekoran itu, ramai pengguna yang memiliki perkakasan berusia mula beralih kepada Linux untuk menghidupkan semula komputer usang dengan sistem operasi yang lebih ringan dan efisien.

Selain itu, dunia permainan video juga menyumbang kepada lonjakan ini. Kejayaan Steam Deck, konsol permainan mudah alih berasaskan Linux telah memperkenalkan platform ini kepada jutaan pemain, sekali gus mengubah persepsi bahawa Linux tidak sesuai untuk permainan.

Tambahan pula, pengedaran Linux seperti Ubuntu dan Linux Mint semakin mesra pengguna dengan antara muka yang moden dan pemasangan yang mudah menyebabkan lebih ramai pengguna umum untuk mencuba sistem ini.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Windows dipercayai telah kehilangan lebih 400 ribu pengguna hanya dalam tempoh 3 tahun.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Permainan PC Edisi Platinum Berharga RM238 Ini Sedang Percuma Untuk Masa Terhad
  • Vivobook S14/S16 Dengan Snapdragon, Tawar Bateri Sehingga 32 Jam

Sumber:  TechSpot

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY