Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penyelidik UMPSA Hasilkan Pelancar Bola Sepak Takraw ‘RimauStrike’

Penyelidik UMPSA Hasilkan Pelancar Bola Sepak Takraw ‘RimauStrike’

Diterbitkan April 14, 2026 · Dikemas kini April 14, 2026 oleh Amalina Athman

Sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menghasilkan mesin pelancar bola sepak takraw, yang dinamakan sebagai RimauStrike. 

Menurut Pusat Inovasi Teknologi Sukan UMPSA, RimauStrike dibangunkan bagi membantu latihan penerimaan bola, pertahanan dan kawalan permainan dengan kelajuan serta konsistensi lontaran yang boleh dilaraskan.

Inovasi ini membolehkan atlet menjalani latihan berintensiti tinggi secara lebih sistematik dan berulang tanpa kebergantungan sepenuhnya kepada jurulatih atau rakan sepasukan.

Penyelidik UMPSA Hasilkan Pelancar Bola Sepak Takraw ‘RimauStrike’
Foto: STIC UMPSA
Penyelidik UMPSA Hasilkan Pelancar Bola Sepak Takraw ‘RimauStrike’

Memetik laporan Bernama, pengarah STIC UMPSA Prof Madya Ts Dr Mohd Hasnun Arif Hassan berkata sistem itu menggunakan konsep lingkaran yang berfungsi untuk menggerakkan bola secara berperingkat dari bahagian tempat penyimpanan ke bahagian pelancaran.

“Dari segi mekanisme operasi, RimauStrike menggunakan gabungan sistem lontaran bola automatik dan mekanisme roda berputar berkelajuan tinggi,” katanya.

RimauStrike dibangunkan bersama penyelidik Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) UMPSA Ts. Idris M. Sahat dan Ts. Dr. Mohd Faizal Sadali.

Penyelidik UMPSA Hasilkan Pelancar Bola Sepak Takraw ‘RimauStrike’
Foto: STIC UMPSA

Selain RimauStrike, Ts. Adib Shaharun dari Akademi TVET Termaju UMPSA turut menghasilkan Spike Trainer yang direka untuk membantu atlet mengasah kemahiran spike atau gerakan lipat, iaitu teknik serangan utama dalam sukan sepak takraw. Alat ini membolehkan atlet memberi fokus kepada koordinasi pergerakan, ketepatan sentuhan bola dan konsistensi teknik spike.

Spike Trainer UMPSA_1
Foto: STIC UMPSA

Dari segi kos, kedua-dua projek pembangunan peralatan latihan ini dibiayai sepenuhnya oleh Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh ekosistem latihan dan pembangunan prestasi atlet sepak takraw negara melalui penggunaan teknologi sukan.

Berkaitan

  • UMT Lancar Pusat Penyelidikan Inovasi Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Pesisir Pertama Negara
  • Kenali Saintis Malaysia Yang Namanya Diabadikan Pada Spesis Baharu Parasit Ikan Kap
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Penyelidik UMS Temui Spesies Kulat 'Bertanduk' Pertama Di Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
©2026 WISER.MY