Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UMT Lancar Pusat Penyelidikan Inovasi Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Pesisir Pertama Negara

UMT Lancar Pusat Penyelidikan Inovasi Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Pesisir Pertama Negara

Diterbitkan September 29, 2025 · Dikemas kini September 29, 2025 oleh ariff bukhari

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melancarkan Pusat Penyelidikan Inovasi Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Pesisir (CEFORE), hasil kerjasama strategik bersama PETRONAS.

CEFORE yang telah dirasmikan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 27 September 2025 bertujuan memperkukuh penyelidikan tenaga boleh diperbaharui dan menyokong Pelan Induk Peralihan Tenaga Negara (NETR).

CEFORE akan menumpukan kepada teknologi seperti tenaga angin, ombak, arus pasang surut, solar terapung, hidrogen hijau dan sistem penyimpanan tenaga.

Ia berfungsi sebagai fasiliti “Proof of Operation” untuk penyelidikan, inovasi, latihan industri, dan edu-pelancongan serta membuktikan keberkesanan sistem ini dalam keadaan sebenar.

UMT Lancar Pusat Penyelidikan Inovasi Tenaga Boleh Diperbaharui Luar Pesisir Pertama Negara
Naib Canselor UMT, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim menyatakan CEFORE sebagai platform “Industry on Campus” yang menghubungkan pelajar, penyelidik dan industri.

Menerusi projek ini, tenaga yang disalurkan ke sistem simpanan bateri berkapasiti 1.3 MWh, cukup untuk menampung keperluan elektrik lebih 100 rumah.

Tenaga ini akan digunakan juga untuk mengoperasikan mesin penjana ais berkapasiti 800 – 1,000 kg sehari yang akan memberi manfaat langsung kepada lebih 100 nelayan tempatan.

Ini bermakna, nelayan-nelayan di sana boleh menyimpan hasil tangkapan mereka tanpa perlu membayar kos elektrik.

UMT kini turut memperkenalkan program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Tenaga Boleh Diperbaharui bermula Oktober 2025.

PETRONAS pula menegaskan komitmen mereka dalam mempercepatkan peralihan tenaga dan menjadikan Malaysia peneraju tenaga hijau serantau.

CEFORE dijangka memberi impak positif kepada komuniti setempat melalui pemindahan ilmu, pembangunan modal insan dan peluang edu-pelancongan.

UMT berkata, mereka optimis CEFORE akan memperkukuh peranan Terengganu sebagai hab maritim dan tenaga lestari menjelang 2050.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Pensyarah UM Perkenal Teknologi Pintar Simpan Hidrogen Pepejal Lebih Selamat
  • Malaysia Kini Miliki Ladang Tenusu Pintar, Mampu Hasilkan 200 Juta Liter Susu Setahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
  • UUM Lancar Perkhidmatan Bas Elektrik Bernilai RM1.2 Juta
  • Tesla Roadster Dilancar, Tempahan Di Malaysia Bermula RM21,000
©2026 WISER.MY