Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saintis UMS kulat Bertanduk_1

Penyelidik UMS Temui Spesies Kulat ‘Bertanduk’ Pertama Di Dunia

Diterbitkan April 13, 2026 · Dikemas kini April 13, 2026 oleh Amalina Athman

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencipta sejarah apabila menemukan spesies kulat baharu yang menyerupai tanduk di Kawasan Pemuliharaan Danum Valley di Lahad Datu, baru-baru ini.

Memetik laporan Bernama, spesies yang dinamakan Pleurocordyceps cornusynnemata itu disahkan sebagai penemuan pertama seumpamanya di dunia menerusi penerbitan dalam jurnal taksonomi antarabangsa Phytotaxa.

Saintis UMS kulat Bertanduk_3
Saintis UMS kulat Bertanduk_8
Saintis UMS kulat Bertanduk_4

Menurut Prof Madya Dr Jaya Seelan Sathiya Seelan dari Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) UMS, kulat berkenaan mempunyai struktur fizikal menyerupai tanduk, sekali gus membezakannya daripada 26 spesies lain dalam genus Pleurocordyceps yang sebelum ini direkodkan di China, Thailand dan Jepun.

Dalam kajian sama, pasukan itu turut merekodkan dua lagi spesies iaitu Pleurocordyceps aurantiaca yang ditemui pada serangga Diptera, serta Pleurocordyceps nipponica yang ditemui pada nimfa reriang (cicada), dan kedua-duanya merupakan rekod baharu di Malaysia.

Kajian berkenaan diketuai beliau bersama dua pelajar pascasiswazah Muhammad Shahbaz (PhD) dan Firdza Zulkarnain Mohadden (Sarjana), serta penyertaan penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr Yap Jing Wei dan pelajar, Jeremiah Sia Yiao Rong, selain seorang saintis warganegara Elyse Yang.

Spesimen kulat itu kini disimpan di pusat rujukan BORNEENSIS IBTP UMS sebagai bahan rujukan saintifik pada masa akan datang.

Kredit gambar: Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan UMS//Elyse Yang

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Kenali Saintis Malaysia Yang Namanya Diabadikan Pada Spesis Baharu Parasit Ikan Kap
  • Saintis Kesan Suhu Bumi Meningkat Semakin Pantas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY