Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penyelidik Temui Cara Paparkan Hologram 3D Dari Skrin Telefon Pintar 

Penyelidik Temui Cara Paparkan Hologram 3D Dari Skrin Telefon Pintar 

Diterbitkan September 24, 2025 · Dikemas kini September 24, 2025 oleh ariff bukhari

Penyelidik dari sekolah Fizik dan Astronomi, University of St Andrews telah berjaya mencipta peranti optoelektronik baharu yang menggabungkan OLED dan metasurface holografik (HM).

Penemuan ini membuka jalan kepada paparan hologram dipancar terus dari skrin telefon pintar dan peranti dengan skrin OLED lain.

Berbeza dengan hologram tradisional yang memerlukan laser besar dan mahal, pendekatan ini lebih ringkas, padat dan berpotensi murah.

Penyelidik Temui Cara Paparkan Hologram 3D Dari Skrin Telefon Pintar 
Penyelidik mendapati, apabila setiap “meta-atom*” dibentuk dengan teliti untuk mengawal sifat cahaya yang melaluinya, ia berfungsi sebagai piksel bagi holographic metasurface (HM). Setiap piksel mengubah sedikit sifat cahaya, dan melalui prinsip “gangguan cahaya”, perubahan ini membolehkan imej yang direka terlebih dahulu terbentuk di bahagian lain permukaan.

OLED ialah sumber cahaya nipis yang biasa digunakan dalam skrin telefon dan TV, manakala HM ialah struktur nano yang boleh mengubah sifat cahaya untuk menghasilkan imej holografik melalui gangguan cahaya.

Ia memanfaatkan setiap piksel OLED dengan menggabungkan keseluruhan piksel bagi memancarkan imej penuh.

 “Paparan OLED biasanya memerlukan ribuan piksel untuk mencipta gambar yang sederhana. Pendekatan baru ini membolehkan imej lengkap dipancarkan dari satu piksel OLED!” Profesor Graham Turnbull, dari Sekolah Fizik dan Astronomi,

Walaupun setakat ini penyelidik hanya dapat membuat bentuk yang sangat sederhana dengan OLED, yang menghadkan kebolehgunaan nyadalam beberapa aplikasi, tapi ia merupakan satu pencapaian yang belum pernah dicapai sebelum ini.

Pencapaian ini berpotensi merevolusikan realiti maya dan tambahan (VR/AR), komunikasi, permainan dan paparan masa depan yang lebih furutistik seperti yang pernah dilihat di dalam fiksyen filem.

Berkaitan

  • Bukan Lagi Sains Fiksyen, Hologram Boleh Disentuh Kini Realiti
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Malaysia Kini Miliki Ladang Tenusu Pintar, Mampu Hasilkan 200 Juta Liter Susu Setahun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY