Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bukan Lagi Sains Fiksyen, Hologram Boleh Disentuh Kini Realiti

Bukan Lagi Sains Fiksyen, Hologram Boleh Disentuh Kini Realiti

Diterbitkan Julai 29, 2025 · Dikemas kini Julai 29, 2025 oleh Amsyar Latif

Penyelidik dari Universidad Pública de Navarra (UPNA), Sepanyol berjaya membangunkan teknologi hologram 3D yang bukan sahaja boleh dilihat dari pelbagai sudut, tetapi juga boleh disentuh dan dimanipulasi dengan tangan. Ia mengingatkan kita kepada adegan filem sains fiksyen seperti Iron Man atau Star Wars, tetapi teknologi ini kini wujud di dunia sebenar.

Paparan volumetrik ini dikenali sebagai FlexiVol dan dibangunkan di bawah projek InteVol. Ia tidak memerlukan cermin mata khas atau alat kawalan, sebaliknya pengguna hanya perlu menggunakan tangan untuk berinteraksi dengan objek hologram.

Ciri paling menarik ialah kemampuannya bertindak balas terhadap sentuhan fizikal, membolehkan pengguna memegang, menggerakkan atau memutar objek maya seolah-olah ia objek sebenar.

Bukan Lagi Sains Fiksyen, Hologram Boleh Disentuh Kini Realiti

Teknologi ini menggunakan sistem pemancar cahaya berkelajuan tinggi sehingga hampir 3,000 imej sesaat, mencipta kesan 3D sebenar dengan ilusi pergerakan.

Lapisan difusor fleksibel digunakan bagi menggantikan lapisan keras yang biasa, membolehkan interaksi secara langsung dengan tangan manusia.

Screenshot 2025-07-29 at 12.03.03 PM

Inovasi ini membuka potensi besar dalam pelbagai sektor seperti pendidikan, perubatan, pameran interaktif dan reka bentuk produk.

Walaupun teknologi ini mungkin belum bersedia untuk kegunaan harian, tapi ia jelas menunjukkan arah tuju masa depan antara muka manusia dan mesin. Kalau sekarang kita cuma boleh tengok, tak mustahil tak lama lagi kita juga boleh rasa.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Malaysia ‘Top 4’ Dunia Dalam Penggunaan ChatGPT
  • Kuasa Elektrik Setinggi 800Watt Berjaya Dihantar Secara Wayarles Sejauh 8Km

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY