Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Kini Miliki Ladang Tenusu Pintar, Mampu Hasilkan 200 Juta Liter Susu Setahun

Malaysia Kini Miliki Ladang Tenusu Pintar, Mampu Hasilkan 200 Juta Liter Susu Setahun

Diterbitkan September 24, 2025 · Dikemas kini September 24, 2025 oleh ariff bukhari

Projek Fraser & Neave Holdings Bhd (“F&NHB”) di Gemas, Negeri Sembilan yang dibangunkan oleh oleh China State Construction Engineering Corporation (CSCEC) akhirnya disiapkan dan telah diserahkan kepada F&NHB.

Merangkumi kawasan seluas 500 ekar dengan keluasan lantai 277,000 meter persegi, ladang tenusu ini menempatkan sebanyak 43 bangunan dan lengkap dengan jaringan jalan raya sepanjang 8.6 kilometer.

Ia menjadikan projek ini antara ladang tenusu bersepadu dan kemudahan pengeluaran berskala besar yang pernah dibangunkan di Malaysia.

Malah, projek ini yang menerapkan kelestarian alam sekitar dengan penggunaan teknologi terkini menjadi fasiliti penternakan dan pengeluaran tenusu paling moden di Malaysia.

Malaysia Kini Miliki Ladang Tenusu Pintar, Mampu Hasilkan 200 Juta Liter Susu Setahun

Reka bentuk lembah tenusu F&NHB menekankan kelestarian alam sekitar, menggabungkan pertanian, perlindungan alam dan kitar semula.

Struktur bumbung bangunan menggunakan keluli ringan dan membran untuk pencahayaan dan pengudaraan optimum, sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga.

Malaysia Kini Miliki Ladang Tenusu Pintar, Mampu Hasilkan 200 Juta Liter Susu Setahun
Malaysia Kini Miliki Ladang Tenusu Pintar, Mampu Hasilkan 200 Juta Liter Susu Setahun

Komponen keluli prafabrikasi pula telah mempercepatkan lagi pembinaan dan mengurangkan pencemaran tapak pembinaan sepanjang tempoh projek.

Fasiliti ini juga dilengkapi dengan sistem rawatan sisa bertaraf antarabangsa digunakan untuk mengitar semula sisa ternakan, menyokong operasi jangka panjang yang mesra alam.

Malaysia Kini Miliki Ladang Tenusu Pintar, Mampu Hasilkan 200 Juta Liter Susu Setahun

Atas pencapaian ini, projek tersebut telah dianugerahkan  dengan Anugerah Platinum oleh Persatuan Profesional Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MOSHPA) bagi tahun 2024 dan 2025.

Projek ladang tenusu F&N Agrivalley bersepadu di Gemas, Negeri Sembilan ini dimulakan pada Jun 2023 dahulu merupakan ladang seluas 2,726 hektar.

Ia akan menempatkan sejumlah 20,000 ekor lembu tenusu dan berupaya menghasilkan sehingga 200 juta liter susu segar setahun.

Malaysia Kini Miliki Ladang Tenusu Pintar, Mampu Hasilkan 200 Juta Liter Susu Setahun

Fasa pertama dijangka menghasilkan 100 juta liter susu, dengan kemudahan pemprosesan dan pembungkusan dibina bersebelahan untuk memastikan kesegaran dan harga berpatutan.

Projek ini menyokong matlamat negara untuk berdikari dalam bekalan susu dan makanan haiwan, serta mengurangkan kebergantungan terhadap import.

Malaysia Kini Miliki Ladang Tenusu Pintar, Mampu Hasilkan 200 Juta Liter Susu Setahun
Pada April lepas, F&NHB telah pun menerima kumpulan pertama lembu dara tenusu dari Chile sebanyak 2,500 ekor.

F&NHB juga menubuhkan Pusat Kecemerlangan (COE) dalam bidang tenusu dan pertanian bagi melatih tenaga kerja mahir seperti pakar pemakanan haiwan dan teknologi makanan.

Dengan pelaburan sekurang-kurangnya RM1 bilion, ladang ini akan mengamalkan teknologi hijau dan ekonomi kitaran, serta berpotensi menjadikan Malaysia pengeksport bersih susu segar.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • TNB Bukit Selambau Solar (TBSS), Ladang Solar Terbesar Di Malaysia
  • TM Sertai Projek Kabel Dasar Laut Sepanjang 8,000 Km Hubungkan 6 Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
  • UUM Lancar Perkhidmatan Bas Elektrik Bernilai RM1.2 Juta
©2026 WISER.MY