Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
penyelenggaraan TM

Penyelenggaraan Berkala Sistem Kabel Dasar Laut Telah Selesai Sepenuhnya

Diterbitkan April 22, 2020 oleh Amalina Athman

​Telekom Malaysia Berhad (TM) mengumumkan kerja-kerja penyelenggaraan berkala pada sistem kabel dasar laut Asia-Amerika Gateway (AAG) yang menghubungkan Malaysia ke Hong Kong dan Amerika Syarikat telah selesai sepenuhnya pada jam 4 pagi, 21 April 2020.

Berkenaan kerja-kerja penyelenggaraan berkala pada sistem dasar laut AAG (17 hingga 21 April 2020).

Sukacita dimaklumkan kerja-kerja penyelenggaraan telah selesai sepenuhnya pada jam 4 pagi, 21 April, 2020.

— TM Group (@myTMgroup) April 21, 2020

Sebelum ini, TM telah memaklumkan kerja-kerja penyelenggaraan berkala tersebut mula dijalankan selama 5 hari bermula 17 April lalu. Berikutan kerja-kerja penyelenggaraan itu, TM mengambil langkah proaktif untuk mengoptimumkan rangkaian internet dalam tempoh penyelenggaraan. Ia bertujuan untuk memastikan gangguan perkhidmatan internet kepada pengguna adalah minima.

Dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang telah selesai, sambungan data ke laman web dan pelayan yang dihoskan di Hong Kong dan AS kini telah dipulihkan sepenuhnya.

Dalam pada itu, TM turut menyatakan akan terus memantau perkembangan situasi semasa mengenai perkhidmatannya. Bagi pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan dan bantuan, anda boleh menghubungi saluran khidmat pelanggan TM.

Sumber: TM 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harman Kardon Lancar 2 Model Pembesar Suara Baharu, Harga Dari RM1,099
  • Kajian: 83% Rakyat Malaysia Berdepan Scam Dalam Setahun, 14% Alami Kerugian Wang
  • Acer Malaysia Lancar Penapis Udara Mesra Haiwan Peliharaan Dan Kipas Pintar
  • The Transformers: The Movie Akan Ditayangkan Secara Percuma Di YouTube 27 Nov Ini
  • Nothing Dedah Rupa Peranti AI Baharu Yang Bakal Dilancar Disember Ini
  • Kenali Rencana, Aplikasi Pelajar IPT Untuk Urus Jadual, 'Assignment' Dan Ulang Kaji
  • iQOO 16 Dengan Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
  • Kerajaan Teliti Langkah Tangani Jualan Produk Import Tidak Bersijil Di Platform E-Dagang
©2026 WISER.MY