Penyelenggaraan Berkala Ke Atas Sistem Kabel Dasar Laut Sedang Dijalankan

Penyelenggaraan bermula dari 17 April hingga 21 April 2020.


Telekom Malaysia (TM) pada 17 April lalu telah memaklumkan kepada para pengguna internet di Malaysia bahawa kerja-kerja penyelenggaraan berkala ke atas segmen sistem kabel dasar laut Asia-Amerika Gateway (AAG) yang menghubungkan Malaysia ke Hong Kong dan A.S sedang dijalankan ketika ini.

Penyelenggaraan tersebut bermula dari 17 April hingga 21 April 2020.

Sistem kabel AAG adalah rangkaian yang menyediakan sambungan antarabangsa ke beberapa perkhidmatan berasaskan internet seperti persidangan video (contoh. Zoom), permainan yang dihoskan oleh Valve (contoh. Roblox dan Blizzard), Rangkaian Persendirian Maya (VPN), Pemesejan Segera (contoh. Jabber dan WeChat) dan juga mana-mana aplikasi yang dihoskan di Hong Kong dan AS.

Jadi, kerja-kerja penyelengaraan ini adalah penting bagi mengurangkan kebarangkalian kejadian kerosakan pada masa akan datang.

Susulan kerja-kerja penyelenggaraan itu, TM memaklumkan bahawa mereka telah mengambil langkah proaktif untuk mengoptimumkan rangkaian TM dalam tempoh penyelenggaraan tersebut.

Ia penting bagi memastikan gangguan pada perkhidmatan internet para pelanggan TM adalah minimal.

sumber: TM