Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ChatGPT Pro_3

OpenAI Perkenal ChatGPT Pro Dengan Akses Tanpa Had Model o1

Diterbitkan Disember 6, 2024 · Dikemas kini Disember 6, 2024 oleh Amalina Athman

OpenAI kini melancarkan ChatGPT Pro, pelan langganan bulanan berharga $200 (~RM884) yang menawarkan akses penuh kepada semua model OpenAI. 

Pelan ini merangkumi akses tanpa had kepada model o1, serta model lain seperti o1-mini, GPT-4o dan mod Advanced Voice.

OpenAI o1 is now out of preview in ChatGPT.

What’s changed since the preview? A faster, more powerful reasoning model that’s better at coding, math & writing.

o1 now also supports image uploads, allowing it to apply reasoning to visuals for more detailed & useful responses. pic.twitter.com/hrLiID3MhJ

— OpenAI (@OpenAI) December 5, 2024

Selain itu, ia juga termasuk akses mod o1 pro, versi o1 yang menggunakan lebih banyak kuasa pengiraan untuk memberikan jawapan lebih mendalam dan tepat bagi soalan lebih sukar.

ChatGPT o1 Pro
ChatGPT Pro_1
ChatGPT Pro_2

Syarikat itu berkata dalam penilaian penguji luar, o1 pro menghasilkan jawapan yang lebih tepat dan menyeluruh, terutamanya dalam bidang sains data, pengaturcaraan, dan analisis undang-undang kes.

Berbanding o1-preview dan o1, o1 pro menunjukkan prestasi lebih cemerlang dalam ujian penanda aras pembelajaran mesin (ML) yang mencabar, termasuk dalam matematik, sains dan pengekodan.

OpenAI ChatGPT Pro

 

Selain ChatGPT Pro, OpenAI turut menambah akses model o1 dan o1-mini kepada pengguna ChatGPT Plus dan Teams – tetapi dengan akses terhad. Sementara pengguna Enterprise dan Edu akan mendapat akses bermula minggu depan.

Dalam pada itu, OpenAI juga merancang untuk menambah sokongan seperti pelayar web dan muat naik fail pada model o1 di ChatGPT.

Berkaitan

  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • OpenAI Lancarkan Aplikasi Rasmi ChatGPT Untuk Windows
  • OpenAI Dilapor Pertimbang Bangunkan Pelayar Web Sendiri
  • ChatGPT Didapati Menapis Nama Tertentu, Ini Respon OpenAI

Sumber: OpenAI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY