Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Windows 11 Wajib Pasang ‘Extension’ Ni Ke Dalam PC

Pengguna Windows 11 Wajib Pasang ‘Extension’ Ni Ke Dalam PC

Diterbitkan Jun 18, 2025 · Dikemas kini Jun 18, 2025 oleh ariff bukhari

Apabila anda membeli PC atau komputer riba baharu yang menjalankan sistem operasi Windows 11 atau menaik taraf sistem operasi komputer anda ke versi Windows 11, anda akan dapati PC itu tidak dapat membuka salah satu format fail yang dikenali sebagai AVIF (.avif).

Alasan yang diberikan Microsoft tentang ketiadaan sokongan ke atas format fail ini secara lalai (default) pula adalah lebih kepada aspek teknikal.

Ini kerana, sehingga kini Microsoft tidak menyediakan sokongan asli (native) untuk format ini dalam Windows Explorer (File Explorer).

AVIF

AVIF (AV1 Image File Format) adalah format imej baharu yang direka dengan keupayaan menyimpan imej dalam saiz lebih kecil (lebih cekap berbanding format tradisional seperti JPEG atau PNG), tapi pada kualiti tinggi dan menyokong ciri-ciri moden seperti HDR dan animasi.

Ia dibangunkan oleh Alliance for Open Media (AOM) untuk memberikan pemampatan yang lebih baik daripada codec lama seperti H.264 atau VP9, ​​menjadikannya ideal untuk menstrim video resolusi tinggi pada kurang jalur lebar (bandwidth).

Ciri ini menjadikan AV1 sangat menarik untuk aplikasi permainan dan video.

Terdapat beberapa sebab utama mengapa Windows 11 tdak menyokong secara lalai. Antaranya adalaj ia masih Baru dan masih Dalam Proses Standardisasi kerana ia belum diterima dan digunakan secara meluas dalam semua platform dan perisian.

Isu lesen melibatkan lesen daripada pihak ketiga juga menjadi punca kepada ketiadaaan sokongan ini.

Oleh itu, bagi menangani isu ini buat sementara waktu, Microsoft menyediakan sokongan alternatif menerusi pilihan muat turun melalui Microsoft Store.

Atau, jika anda perlu membuka atau melihat imej dalam format AVIF anda juga boleh menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti: VLC Media Player.

Apa yang dapat disimpulkan adalah, peralihan Windows 11 kepada codec video AV1 bukan sekadar peningkatan teknikal, tetapi menunjukkan langkah besar ke arah penggunaan media yang lebih cekap dan berkualiti tinggi dengan  prestasi lebih stabil, visual yang lebih cantik, dan pengalaman pengguna yang lebih lancar.

Berkaitan

  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • Inilah Komputer Riba Pertama Di Dunia Yang Menjadi Asas Kepada Laptop Moden
  • Tak Sampai RM200, Terminal Ini Boleh Ganti Semua Alat Pembayaran Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY