Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp limit group

Grup WhatsApp Kini Boleh Disertai Sehingga 1,024 Ahli

Diterbitkan Oktober 11, 2022 ยท Dikemas kini Oktober 11, 2022 oleh Amalina Athman

Beberapa bulan lepas, WhatsApp telah memperkenalkan penambahan had baharu iaitu seramai 512 ahli dalam grup WhatsApp. Ia merupakan gandaan daripada had sebelumnya iaitu 256 ahli.

Berkaitan

  • 'Admin' Lebih Berkuasa, Kini Boleh Padam Perbualan Ahli Dalam Grup WhatsApp
  • Ciri 'View Once' Untuk WhatsApp Web Dan Desktop Akan Dihentikan Bermula November Ini
  • WhatsApp Kini Bolehkan Ahli 'Group' Keluar Secara Senyap

Pertama kali dikesan oleh WABetaInfo, WhatsApp kini telah menggandakannya kepada 1,024 ahli bagi sesebuah grup aplikasi itu. Dinyatakan, ia sudah mula ditawarkan pada WhatsApp beta untuk Android dan iOS.

Tidak hanya pengguna versi beta, tinjauan penulis mendapati pengguna versi stabil juga sudah mula menerima ciri baharu tersebut, yang bermakna ia mungkin ditawarkan secara berperingkat.

grup whatsapp 1024

Bagi menyemak jika anda sudah menerima ciri ini atau sebaliknya, ianya boleh dilakukan dengan cara mencipta grup WhatsApp baharu, kemudian lihat had bilangan ahli yang boleh ditambah di bahagian bawah “Add Participants”.

Selain kumpulan baharu, had bilangan 1,024 ahli turut tersedia untuk grup WhatsApp sedia ada.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY