Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsApp android

Pengguna Android Boleh Hasilkan Pelekat WhatsApp Lebih Mudah, Ini Caranya

Diterbitkan Ogos 15, 2024 oleh Amalina Athman

WhatsApp sebelum ini memperkenal ciri Sticker MakerĀ untuk pengguna iOS. Mula diuji sejak Mac lalu, platform pemesejan itu kini melancarkan ciri yang sama untuk pengguna Android.

Dengan Sticker Maker, pengguna Android boleh menghasilkan, menyunting atau berkongsi pelekat lebih mudah di aplikasi WhatsApp.

Cara hasilkan pelekat baharu di WhatsApp

1. Buka aplikasi WhatsApp dan pergi ke bahagian “Pelekat” atau Sticker.

2. Tekan ikon “Cipta” untuk menghasilkan pelekat anda sendiri. Seterusnya, pilih mana-mana imej dalam galeri telefon yang ingin dijadikan sebagai pelekat.

3. Sesuaikan pelekat dengan memilih potongan, teks dan sebagainya.

4. Akhir sekali, tekan ikon “Hantar”. Pelekat yang dihantar akan disimpan secara automatik dalamĀ sticker tray.

Pengguna Android Boleh Hasilkan Pelekat WhatsApp Lebih Mudah, Ini Caranya

Cara hasilkan pelekat guna imej dalam media WhatsApp

1. Buka aplikasi WhatsApp dan pilih mana-mana gambar dalam media WhatsApp – sama ada individu atau berkumpulan.

2. Kemudian, tekan ikon tiga titik dan pilih “Cipta pelekat”. Seterusnya ikut langkah 3 dan 4 seperti menghasilkan pelekat baharu.

Pengguna Android Boleh Hasilkan Pelekat WhatsApp Lebih Mudah, Ini Caranya

Cara sunting pelekat sedia ada

1. Klik pada mana-mana pelekat sedia ada dan pilih “Edit pelekat”.

2. Sama seperti menghasilkan pelekat baharu, ikut langkah 3 dan 4 bagi menyelesaikan suntingan pelekat sedia ada.

Pengguna Android Boleh Hasilkan Pelekat WhatsApp Lebih Mudah, Ini Caranya

Selesai, itu sahaja tips untuk kali ini. Semoga bermanfaat.

Berkaitan

  • Tak Perlu Aplikasi Tambahan, Ini Cara Mudah Buat 'Sticker' WhatsApp Untuk iOS
  • Ini Cara 'Edit' Pelekat Sedia Ada Di Aplikasi WhatsApp Untuk iOS
  • Penting Tambah E-mel Pada Akaun WhatsApp, Ini Sebab Dan Caranya
  • WhatsApp Kini Bolehkan Tetapan Kualiti Media Dalam HD Secara 'Default'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY