Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsApp featured image_medium

WhatsApp Bangunkan Ciri Sekat Mesej Daripada Akaun Tak Dikenali

Diterbitkan Ogos 19, 2024 · Dikemas kini Ogos 19, 2024 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini membangunkan ciri untuk menyekat mesej daripada akaun yang tidak diketahui.

Menerusi tangkap layar yang dikongsi oleh WABetaInfo, ia menunjukkan pilihan ciri baharu itu. Apabila ia diaktifkan, WhatsApp akan menyekat mesej daripada akaun yang tidak dikenali secara automatik sekiranya melebihi volume tertentu (seperti spam).

WhatsApp block message

Dengan pengenalan ciri baharu ini kelak, ia memberikan lapisan kawalan tambahan kepada pengguna. Selain melindungi akaun daripada mesej spam, ia juga dapat membantu mengurangkan risiko percubaan pancingan data dan kandungan berniat jahat, yang boleh menjejaskan prestasi dan storan peranti.

Bagaimanapun, buat masa ini ciri menyekat mesej daripada akaun tidak dikenali masih lagi dalam pembangunan dan dijangka tersedia untuk kemas kini akan datang.

Berkaitan

  • Penting Tambah E-mel Pada Akaun WhatsApp, Ini Sebab Dan Caranya
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Terjemah Mesej Secara Terus Dalam Aplikasi
  • Pengguna Android Boleh Hasilkan Pelekat WhatsApp Lebih Mudah, Ini Caranya
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY