Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp_viewonce teks

Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Hantar Teks Dengan Ciri ‘View Once’

Diterbitkan Disember 9, 2022 ยท Dikemas kini Disember 9, 2022 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini dilapor bakal menawarkan ciri yang membolehkan pengguna menghantar mesej view once atau paparan sekali dalam bentuk teks, untuk kemas kini akan datang.

Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Hantar Teks Dengan Ciri ‘View Once’

Seperti tangkap layar di atas, terdapat butang khas yang ditempatkan di tepi bar perbualan, yang mempunyai simbol kunci dalam butang tersebut. Ini bermakna, pengguna boleh menghantar mesej berbentuk teks dengan paparan sekali.

Menurut WABetaInfo, paparan sekali untuk teks ini akan hilang daripada perbualan setelah penerima membukanya. Dalam erti kata lain, ciri ini hampir sama seperti paparan sekali bagi gambar dan video yang dihantar sebelum ini. Berbezanya adalah dari segi kandungan sahaja, iaitu teks.

Berkaitan

  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh Sembunyi Status 'Online', Ini Caranya
  • WhatsApp Mula Tawar Ciri Sekatan Tangkap Layar 'View Once'
  • Satu Lagi Ciri Baharu Mula Ditawarkan Untuk Pengguna WhatsApp
  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh 'Forward' Media Dengan Kapsyen Asal
  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh Tetapkan Avatar Sebagai Gambar Profil Dan 'Sticker'

Bagaimanapun, memandangkan ciri ini masih dalam fasa pembangunan, reka letak text bubble untuk paparan sekali dan butang hantar mungkin berubah sebelum ia dikeluarkan bagi versi umum.

Sudah tentu, ciri ini sangat berguna dalam keadaan tertentu, yang mana antaranya termasuk apabila pengguna ingin berkongsi maklumat penting dan mahu memadamnya setelah maklumat itu dibaca. Dalam keadaan ini, walaupun pengguna sudah memadamnya, perbualan itu mungkin sudah ditangkap layar oleh penerima.

Dengan penambahan ciri paparan sekali bagi teks yang dihantar, ia mungkin dapat menyelesaikan isu berkenaan, di mana mesej yang dihantar akan terpadam secara automatik setelah penerima membukanya.

Terdahulu, WhatsApp telah menawarkan ciri sekatan tangkap layar dan rakaman skrin untuk video atau gambar yang dihantar secara paparan sekali. Ini mungkin bermakna sekatan itu juga akan hadir bersama dalam penawaran ciri paparan sekali bagi mesej berbentuk teks.

Dinyatakan, keupayaan untuk menghantar mesej teks dengan paparan sekali ini akan dikeluarkan dalam kemas kini akan datang.

Gambar utama: mypcnews

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY