Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna TNG eWallet Kini Boleh Mohon Pinjaman Mudah Sehingga RM150 Ribu

Pengguna TNG eWallet Kini Boleh Mohon Pinjaman Mudah Sehingga RM150 Ribu

Diterbitkan Ogos 26, 2026 · Dikemas kini Ogos 26, 2026 oleh ariff bukhari

TNG Digital (TNGD) mengumumkan perluasan perkhidmatan CashLoan menerusi kerjasama strategik bersama FlexiCredit daripada GXBank. 

Langkah ini bertujuan untuk menyediakan pembiayaan kewangan yang lebih selamat, pantas, dan mudah diakses oleh rakyat Malaysia, terutamanya golongan yang kurang mendapat perkhidmatan perbankan tradisi.

Kerjasama ini membolehkan pengguna TNG eWallet boleh memohon kemudahan kredit terus dalam aplikasi tanpa memerlukan akaun bank berasingan.

Menerusi integrasi baharu ini, pengguna TNG eWallet boleh mengemukakan permohonan pinjaman secara terus di dalam aplikasi tanpa perlu proses yang rumit.

Jadi, daripada memohon semula setiap kali, pengguna diberikan had kredit yang boleh mereka keluarkan apabila timbul kecemasan atau keperluan harian.

Apabila dana dibayar balik, had kredit akan ditambah serta-merta yang sepadan dengan aliran tunai pengguna.

FlexiCredit menawarkan had sehingga RM150,000, tempoh pembayaran balik selama 6 hingga 60 bulan, dan kadar faedah tetap yang kompetitif dari 3.78% setahun (EIR 6.45% setahun).

Kerjasama ini memanfaatkan keupayaan perbankan digital GXBank dengan menghubungkan platform TNG eWallet terus ke sistem Akaun Semasa dan Simpanan (CASA) bank berkenaan.

Ketua Pegawai Perkhidmatan Kewangan TNGD, Desmond Teoh, menegaskan bahawa inklusi kewangan yang sebenar berlaku apabila institusi menyediakan perkhidmatan di platform yang kerap digunakan masyarakat setiap hari. 

Inisiatif ini sekali gus membuka ruang baharu untuk lebih ramai rakyat menikmati kemudahan kredit yang selamat dan diyakini.

Berkaitan

  • AEON Bank Perkenal Pembiayaan Peribadi-i: Pinjaman Digital Patuh Syariah, Ini Cara Mohon
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • 20 Juta Pelanggan CelcomDigi Kini Dilindungi Firewall Suara Kesan Panggilan ‘Scam’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY