Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
20 Juta Pelanggan CelcomDigi Kini Dilindungi Firewall Suara Kesan Panggilan ‘Scam’

20 Juta Pelanggan CelcomDigi Kini Dilindungi Firewall Suara Kesan Panggilan ‘Scam’

Diterbitkan Ogos 24, 2026 · Dikemas kini Ogos 24, 2026 oleh ariff bukhari

CelcomDigi Berhad meneruskan komitmen mereka dalam membanteras ancaman penipuan digital dengan memperkenalkan teknologi firewall suara baharu di seluruh negara bagi melindungi pelanggan daripada panggilan ‘scam‘.

Sistem keselamatan terbaharu ini berfungsi menganalisis corak trafik dan menilai risiko panggilan yang mencurigakan sebelum ia sempat disambungkan kepada pengguna. 

CelcomDigi berkata, semasa fasa ujian dijalankan, teknologi ini telah berjaya mengesan sejumlah 355 juta panggilan palsu dan yang mencurigakan, termasuk 217 juta panggilan telefon automatik atau robocall di seluruh Malaysia.

Berikutan pelaksanaan di seluruh negara sejak Julai lalu, panggilan masuk yang mencurigakan akan ditanda dengan amaran “Suspected Scam” pada telefon pelanggan, sekaligus membantu pelanggan membuat keputusan bijak untuk mencegah sebarang panggilan penipuan. 

Ketua Pegawai Teknologi CelcomDigi, Kesavan Nair, menyatakan bahawa inisiatif ini mempertingkatkan kepintaran rangkaian syarikat dalam mengesan serta menyekat aktiviti jenayah siber secara lebih proaktif.

Pelaksanaan firewall suara ini melalui pendekatan menyeluruh yang menggabungkan pematuhan undang-undang dan keupayaan teknologi terkini ini sekali gus menunjukkan komitmen CelcomDigi terhadap keselamatan digital dan usaha berterusan dalam memberi perlindungan kepada lebih 20 juta pelanggan mereka daripada ancaman panggilan palsu di Malaysia. 

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Tencent Cloud Dan UTM Latih 1,000 Bakat AI Untuk Masa Depan Digital Malaysia
  • CelcomDigi Perkenal AI Untuk Perusahaan Kecil Dan Sederhana

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY