Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
BM (2)

Pengguna Setel Kini Boleh Tambah Nilai Secara Tunai Di Stesen Petronas

Diterbitkan Disember 18, 2025 ยท Dikemas kini Disember 18, 2025 oleh Amalina Athman

Setel kini memperkenalkan ciri baharu Cash Top-Up, membolehkan pengguna menambah nilai Setel Wallet menggunakan wang tunai di stesen Petronas seluruh negara.

Ciri ini membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia, khususnya pengguna tunai, menikmati kemudahan dan ganjaran aplikasi Setel tanpa memerlukan perbankan dalam talian atau kad.

Dengan satu kali pengesahan akaun, pelanggan boleh mengakses keseluruhan ekosistem Setel seperti pembelian bahan api (termasuk BUDI95), parkir, beli-belah serta manfaat mata ganjaran Mesra Rewards.

Menurut Setel, Cash Top-Up turut menangani isu baki eDompet yang tidak digunakan selepas mengisi minyak.

Dengan Setel, baki sedia ada boleh digunakan untuk parkir, beli-belah, servis kenderaan, pembayaran melalui DuitNow QR dan banyak lagi, memastikan setiap ringgit dimanfaatkan sepenuhnya tanpa pembaziran.

Untuk menambah nilai Setel Wallet secara tunai, buka aplikasi Setel, pergi ke tab “Bayar”, nyatakan jumlah tambah nilai dan tunjukkan kod untuk diimbas juruwang di kaunter.

Pengguna Setel Kini Boleh Tambah Nilai Secara Tunai Di Stesen Petronas

Selain itu, Setel turut mengadakan kempen ‘Setel je! Senangnya’ dengan kerjasama Mesra Rewards. Pengguna baharu Setel, termasuk yang mengutamakan tunai, akan menerima RM10 dengan kod “C-SENANG”.

BM (1)

Berkaitan

  • Aplikasi Setel Laksana Tempoh Bertenang Selama 6 Jam, Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Cara Mudah Isi Petrol BUDI MADANI RON95 Guna Aplikasi Setel
  • Saman Tertunggak Tidak Jejaskan Kelayakan BUDI95 - Loke

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY