Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Cara Salin Teks Dari Telefon Pintar Ke Komputer Menggunakan Google Lens

Posted on Disember 28, 2024Disember 31, 2024

Google Lens ialah alat yang berguna memudahkan mengekstrak dan berkongsi teks daripada imej.

Sama ada nota, dokumen, atau papan tanda, anda boleh menangkap dan memindahkan teks terus ke komputer anda dengan hanya beberapa langkah mudah sahaja.

Jadi, berikut adalah caranya.

Salin Teks Menggunakan Google Lens

Untuk menyalin teks dengan Google Lens, buka aplikasi Google pada telefon anda dan tap pada ikon kamera untuk mengakses Google Lens.

Kemudian, halakan kamera anda pada teks yang ingin anda ekstrak dan ambil gambar.

Tekan butang seperti rajah di atas.

Kemudian, anda tap pada butang Select text yang timbul dan pilih teks yang mahu anda salin dan tap pada butang Copy.

Anda juga boleh mendengar, menterjemah atau menyalin teks yang dipilih ke komputer anda.

(Jika anda sudah mempunyai imej dalam galeri telefon anda, anda boleh memilihnya dari galeri tersebut.)

Selepas memilih teks dengan Google Lens, anda boleh menghantarnya dengan pantas ke komputer anda menerusi pilihan “Copy to computer” yang tersedia.

Tap pada ikon titik bertindih seperti rajah di atas.
Tap pada Copy to computer.

Kemudian, Google Lens secara automatik akan menyemak komputer yang dilog masuk ke akaun Google anda dan memaparkannya.

Pastikan anda sudah log masuk ke akaun google anda di dalam komputer tersebut menggunakan pelayar Chrome.

Seterusnya, pilih komputer yang anda mahu gunakan dan teks yang disalin akan dihantar terus ke komputer tersebut.

Notifikasi seperti rajah di atas akan dipaparkan memaklumkan teks berjaya di salin dan sedia untuk dipindahkan ke komputer.

Selepas itu, anda bolehlah menampal (paste) teks yang disalin tadi ke dalam komputer anda.

Contoh teks yang disalin dan ditampal ke dalam aplikasi Notes di dalam komputer.

Ringkasnya, Google Lens memudahkan proses mengekstrak dan memindahkan teks daripada imej yang diambil dari telefon pintar ke komputer anda.

Dengan menggunakan alat ini, anda boleh menjimatkan masa dan mengendalikan tugas dengan lebih cekap, menjadikannya lebih mudah untuk bekerja merentas peranti anda.

Selamat mencuba.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress