Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MAE featured

Maybank: Kemas Kini MAE Sebelum 11 April 2026 Untuk Terus Akses Aplikasi

Diterbitkan April 3, 2026 · Dikemas kini April 3, 2026 oleh Amalina Athman

Maybank hari ini memaklumkan bahawa pengguna perlu mengemas kini aplikasi MAE ke versi terkini (0.9.45) sebelum 11 April 2026.

Menurut Maybank, langkah ini dilaksanakan bagi melindungi pengalaman perbankan dalam talian serta memastikan akses berterusan tanpa gangguan. Pengguna yang tidak melakukan kemas kini sebelum tarikh tersebut tidak lagi boleh mengakses aplikasi MAE.

Untuk memastikan aplikasi berada pada versi terkini, pengguna boleh menyemaknya melalui dua cara. Pertama, dengan mencari aplikasi MAE di gedung aplikasi dan melihat nombor versi yang dipaparkan, iaitu 0.9.45.

Selain itu, semakan juga boleh dibuat terus dalam aplikasi. Buka aplikasi MAE, tekan ikon gear di bahagian atas kiri untuk masuk ke menu “Settings”, kemudian tatal ke bahagian “About” bagi melihat versi aplikasi yang digunakan.

Maybank: Kemas Kini MAE Sebelum 11 April 2026 Untuk Terus Akses Aplikasi

Jika masih menggunakan versi sebelumnya, kemas kini aplikasi boleh dilakukan melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

Sementara itu, bagi pengguna yang sudah menggunakan versi terkini, tiada sebarang tindakan lanjut yang diperlukan.

Berkaitan

  • Maybank Kini Benarkan Tukar Had Pemindahan Dalam Aplikasi MAE, Ini Caranya
  • Tetapan Semula Kata Laluan Maybank2u Kini Hanya Melalui Aplikasi MAE
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
©2026 WISER.MY