Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna MAE Kini Boleh Guna RM100 eMADANI Seperti Platform Lain

Pengguna MAE Kini Boleh Guna RM100 eMADANI Seperti Platform Lain

Diterbitkan Disember 7, 2023 · Dikemas kini Disember 7, 2023 oleh Amalina Athman

Maybank kini memaklumkan pihaknya telah menyelesaikan isu penggunaan kredit RM100 eMADANI, termasuk pembayaran melalui cara pengguna mengimbas kod QR peniaga.

Berkaitan

  • Sebelum Tebus, Ini Yang Perlu Diketahui Mengenai Kredit e-Tunai eMADANI
  • Ini Perbandingan e-Dompet Yang Lebih Berbaloi Tebus Kredit RM100 eMADANI
  • Ini Sebabnya Kredit eMADANI Hanya Boleh Guna Untuk Pembelian Luar Talian
  • Ketahui Ini Sebelum Guna Kredit RM100 eMADANI Di Aplikasi MAE

Seperti dilaporkan sebelum ini, pengguna gagal mengimbas kod QR peniaga secara direct tanpa bergantung pada baki akaun utama/MAE, untuk membuat pembayaran menggunakan RM100 eMADANI. Ia akan menunjukkan paparan baki tidak mencukupi dan sebagainya.

Dengan isu berkenaan telah pun diselesaikan oleh Maybank, pengguna sepatutnya kini sudah boleh melakukan kedua-dua pilihan pembayaran – sama ada pengguna imbas kod QR peniaga atau tunjukkan kod QR kepada peniaga untuk diimbas – tanpa perlu melibatkan baki akaun utama/MAE Wallet.

Maknanya, walaupun akaun utama/MAE mempunyai baki RM0, pembayaran dengan menggunakan kredit RM100 eMADANI tetap boleh dilakukan selagi belum habis.

Pengguna MAE Kini Boleh Guna RM100 eMADANI Seperti Platform Lain

Dalam pada itu, kami turut melakukan semakan dan dapat disahkan pembayaran menggunakan kredit RM100 eMADANI dengan cara mengimbas kod QR peniaga sudah boleh dibuat seperti yang dimaklumkan oleh pihak Maybank.

Sementara pembayaran dengan cara peniaga mengimbas kod QR pengguna sememangnya boleh dilakukan seperti sebelum ini.

Maybank eMADANI

Kesimpulannya, pengguna MAE yang berjaya membuat tuntutan kredit RM100 eMADANI kini boleh menggunakannya seperti platform e-dompet yang lain.

Bagaimanapun, sekiranya ada di antara pengguna yang masih menghadapi kesukaran, hubungi pihak Maybank di talian 1300-88-6688 atau e-mel ke  [email protected].

Selamat berbelanja!

Sumber: Maybank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY