Ketahui Ini Sebelum Guna Kredit RM100 eMADANI Di Aplikasi MAE

Pengguna yang berjaya membuat tuntutan RM100 eMADANI sudah pun boleh membelanjakan kredit itu di kedai runcit, pasar raya atau mana-mana gerai serta perniagaan yang menyokong pembayaran e-dompet pilihan dan DuitNow QR.

Tidak seperti e-dompet lain, sejumlah pengguna MAE menghadapi beberapa kesukaran untuk menggunakan RM100 eMADANI ketika membuat pembayaran. Ada antaranya yang berjaya, tetapi ada juga yang masih belum berjaya atau sebaliknya pula pembayaran ditolak pada akaun utama/MAE.

Apa yang berlaku sebenarnya?

{suggest}

Melalui penjelasan yang diterima daripada Maybank, difahamkan terdapat isu bagi pengguna yang ingin mengimbas kod QR peniaga secara direct tanpa bergantung pada simpanan akaun utama/MAE. Buat masa ini, pihak Maybank masih dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut.

Bagaimanapun, masih terdapat pilihan lain untuk menggunakan RM100 eMADANI. Teruskan bacaan selanjutnya bagi mengetahui beberapa perkara, termasuk dua langkah pembayaran yang boleh dilakukan atau jika pembelian melebihi baki eMADANI.

Scan & Pay eMADANI


Seperti diketahui, penggunaan RM100 eMADANI ketika pembayaran perlu dilakukan dengan fungsi "Scan & Pay".

Fungsi ini boleh diakses daripada salah satu cara berikut:

  • Cara 1: Klik ikon "eMADANI" di bahagian Quick Actions dan "Use eMADANI".

  • Cara 2: Secara terus pada bahagian bar bawah dengan klik "Scan".




Pastikan ia mempunyai toggle eMADANI berwarna hijau sebelum membuat pembayaran.

Cara guna RM100 eMADANI ketika pembayaran


Terdapat dua cara pembayaran menggunakan kod QR yang boleh dilakukan melalui aplikasi MAE. Pengguna boleh mengimbas kod QR peniaga atau tunjukkan kod QR kepada peniaga untuk diimbas melalui Scan & Pay.

Sekiranya perlu, tetapkan MAE Wallet sebagai "Primary Account" terlebih dahulu. Ia boleh dilakukan di halaman utama dengan klik pada "View All Accounts" > pilih akaun MAE Wallet dan "Set as Primary" di bahagian "Manage".

Pilihan pertama - Peniaga imbas kod QR


Ketika ini, perbelanjaan RM100 eMADANI dengan menunjukkan kod QR kepada peniaga untuk diimbas merupakan cara paling selamat dan mudah.

Cara ini tidak memerlukan baki simpanan tertentu pada akaun utama/MAE. Maknanya, boleh guna secara terus sahaja, walaupun tiada simpanan dalam akaun utama/MAE.

Caranya, cuma perlu buka fungsi "Scan & Pay". Kemudian, di bahagian "Pay" tekan "Show QR". Pastikan toggle eMADANI berwarna hijau bagi mengelakkan pembayaran ditolak pada akaun utama/MAE.



Bagi meneruskan pembayaran, tunjukkan kod QR kepada peniaga untuk diimbas.

Pilihan kedua - Pengguna imbas kod QR peniaga


Untuk sementara waktu, pembayaran RM100 eMADANI melalui cara pengguna sendiri mengimbas kod QR boleh dikatakan agak 'complicated' bagi sesetengah pengguna. Namun, jika ingin menggunakan cara ini, perlu diketahui beberapa perkara berikut.

1. Pastikan akaun MAE mempunyai baki simpanan yang sepadan (tidak semestinya RM100) atau tidak kurang daripada amaun perbelanjaan. Jika tidak, pengguna gagal mengakses langkah pembayaran seterusnya dan skrin akan memaparkan "You have insufficient balance in your account".

Berikut disediakan situasi jika mempunyai baki kredit eMADANI sebanyak RM99:

  • Situasi A: Baki akaun MAE RM99, guna eMADANI RM99 = ✅

  • Situasi B: Baki akaun MAE RM98.93, guna eMADANI RM99 =❌




2. Pastikan toggle eMADANI berwarna hijau (aktif) sebelum klik "Pay Now". Sekiranya berwarna kelabu, aktifkan toggle tersebut bagi mengelakkan pembayaran ditolak pada akaun utama/MAE.



3. Jika ada kesemua ciri ini, anda boleh meneruskan pembayaran. Semak baki akaun utama/MAE setelah membuat pembayaran bagi memastikan ia kekal sama.

Pembelian melebihi baki eMADANI


Elakkan melakukan pembelian melebihi baki kredit eMADANI. Ia menyebabkan toggle eMADANI tidak tersedia dan pembayaran ditolak pada akaun yang dipilih.


Kesimpulan


Seperti dikatakan, pembayaran dengan menggunakan pilihan kedua agak sukar, sekurang-kurangnya buat masa ini.

Tapi tidak perlu risau, Maybank sedang menyelesaikan isu tersebut, sebelum ia boleh digunakan secara 'direct' seperti platform eWallet lain, tanpa perlu bergantung atau melibatkan baki simpanan akaun utama/MAE.

Kami juga akan memberikan kemas kini sebaik sahaja isu tersebut diselesaikan.