Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan Korea Selatan Beralih Dari Windows kepada Sistem Operasi Linux

Pengguna Linux Di Malaysia Meningkat Dalam Tempoh 3 Bulan Ini

Diterbitkan Ogos 4, 2026 · Dikemas kini Ogos 4, 2026 oleh ariff bukhari

Penguasaan sasaran sistem operasi Linux di Malaysia menunjukkan peningkatan yang menarik dalam tempoh 3 bulan ini iaitu dari bulan Mei sehingga Julai 2026.

Berdasarkan data daripada StatCounter, pengguna Linux di Malaysia dari 1.47% bahagian pasaran pada Mei 2026, meningkat sedikit kepada 1.81% (Jun 2026) dan kepada 2.02% (Julai 2026).

Windows pula walaupun penggunanya menurun di bawah paras 50% sejak Julai 2025, tapi ia kembali melonjak secara mendadak melepasi paras 50% dengan mencapai 51.2% penguasaan pasaran pada Julai 2026.

Pengguna Linux Di Malaysia Meningkat Dalam Tempoh 3 Bulan Ini

Sementara itu, macOS pula terus berkembang perlahan, tapi meningkat agak tinggi antara bulan April hingga Jun 2026.

Keadaan ini bukan sahaja mencerminkan peningkatan minat terhadap ekosistem Apple, tapi juga mungkin turut dipengaruhi oleh pengenalan model komputer riba terbaru Apple Macbook Neo yang ditawar pada harga yang sangat kompetetif iaitu bermula dari RM2,499 sahaja.

Namun, selepas Apple mengumumkan kenaikan harganya kepada RM2,999 lewat Jun, trend menaik ini kembali menurun dalam bulan Julai lalu sehingga jatuh ke paras 3%.

Laporan Omdia sebelum ini menunjukkan pasaran komputer peribadi (PC) global terus berdepan tekanan apabila penghantaran kategori komputer meja (desktop), komputer riba (notebook) dan workstation menurun sebanyak 3.6% tahun ke tahun kepada 65.7 juta unit pada suku kedua 2026.

Kenaikan harga komponen seperti memori dan storan sejak awal tahun telah mendorong kepada peningkatan kos PC.

Ekoran itu, Counterpoint dilapor menjangkakan volum penghantaran PC akan menurun sepanjang 2026 kerana pengguna dan syarikat menangguhkan pembelian akibat harga PC baharu yang terlalu tinggi.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Winamp Player Generasi Baharu Akan Dilancar Awal 2027
  • ASUS Perkenal Casing PC Baharu Dengan Kaca Melengkung Gred Aeroangkasa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY