Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook Neo_003

Pasaran PC Global Merosot, Laptop Paling Terkesan Tapi MacBook Catat Pertumbuhan Positif

Diterbitkan Julai 9, 2026 · Dikemas kini Julai 9, 2026 oleh ariff bukhari

Pasaran komputer peribadi (PC) global terus berdepan tekanan apabila penghantaran kategori komputer meja (desktop), komputer riba (notebook) dan workstation menurun sebanyak 3.6% tahun ke tahun kepada 65.7 juta unit pada suku kedua 2026.

Kategori komputer riba mencatatkan penurunan paling ketara iaitu 4.2% kepada 51.7 juta unit, manakala desktop susut 1.3% kepada 13.9 juta unit.

Pasaran PC Global Merosot, Laptop Paling Terkesan Tapi MacBook Catat Pertumbuhan Positif

Kenaikan harga komponen seperti memori dan storan sejak awal tahun telah mendorong kepada peningkatan kos PC.

Malah, beberapa pengeluar termasuklah Apple telah bertindak menaikkan harga sehingga 20–40% berbanding tahun lalu.

Kos tambahan daripada komponen lain juga turut menekan margin keuntungan vendor.

Pasaran PC Global Merosot, Laptop Paling Terkesan Tapi MacBook Catat Pertumbuhan Positif

Permintaan pengguna dan perniagaan mula perlahan selepas ramai mempercepatkan pembelian untuk mengelak kenaikan harga.

Menurut Omdia, lebih 60% rakan saluran B2B melaporkan pelanggan mereka menangguh atau membatalkan pelan naik taraf perkakasan.

Dari segi kedudukan vendor, Lenovo masih kekal di tangga teratas dengan penguasaan sebanyak 25% pasaran, diikuti HP (20%) dan Dell (14%).

Apple pula mencatat pertumbuhan positif 15.9% hasil pelancaran MacBook Neo.

Omdia menjangkakan tekanan kos akan berkurangan pada separuh kedua 2026, tetapi harga dijangka kekal tinggi sepanjang tahun.

Berkaitan

  • MacBook Neo Terlalu Berjaya – Apple Terpaksa Gandakan Pengeluaran, Tapi Risiko Harga Naik Masih Ada
  • Semua Model Mac Turut Naik Harga - MacBook Neo Kini Bermula RM2,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY