Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
crucial RAM

Harga Storan Dan DRAM Naik Mendadak, Pengguna Dijangka Tangguh Beli PC Baharu

Diterbitkan April 20, 2026 oleh ariff bukhari

Laporan terbaru oleh Counterpoint mendedahkan, suku pertama 2026 telah menyaksikan lonjakan luar biasa dalam harga memori.

DRAM (RAM PC) didapati meningkat hampir 110% berbanding suku sebelumnya ekoran permintaan besar daripada pelaburan infrastruktur AI.

Counterpoint menyatakan, kenaikan ini menyebabkan pengeluar PC terpaksa melakukan pembelian awal dan menyimpan stok bagi mengelakkan kos yang lebih tinggi pada masa depan.

Tidak ketinggalan, harga storan NAND flash (SSD) turut melonjak sekitar 147%, menjadikan kos keseluruhan komponen PC semakin membebankan.

Harga Storan Dan DRAM Naik Mendadak, Pengguna Dijangka Tangguh Beli PC Baharu
Trend Harga Suku Tahun untuk Memori PC, Suku Kedua 2025 – Suku Ketiga 2026.

Walaupun strategi stok simpanan jangka pendek membantu mengekalkan penghantaran, tetapi ia tidak menjamin pertumbuhan mampan.

Kesimpulannya, Counterpoint menjangkakan volum penghantaran PC akan menurun sepanjang 2026 kerana pengguna dan syarikat menangguhkan pembelian akibat harga PC baharu yang terlalu tinggi.

“Walaupun harga yang lebih tinggi mungkin memberikan sedikit peningkatan ASP (purata harga jualan), unjuran penurunan jumlah penghantaran tahun ke tahun akan mengakibatkan penurunan hasil bagi kebanyakan OEM.”

Harga Storan Dan DRAM Naik Mendadak, Pengguna Dijangka Tangguh Beli PC Baharu
Walaupun penghantaran PC global meningkat 3.2% pada S1 2026 berbanding suku sama 2025 menurut data Counterpoint Research, tapi pertumbuhan awal ini didorong oleh dua faktor utama iaitu pembelian awal sebelum kenaikan harga dan keperluan perkakasan baru disebabkan penamatan sokongan Windows 10.

Industri menjangkakan keadaan hanya akan lebih stabil menjelang 2027, apabila tekanan bekalan DRAM dan NAND reda serta PC berasaskan AI mula mendominasi pasaran.

Tahun 2026 ini sekali gus menjadi ujian bagi pengeluar untuk menyesuaikan strategi dan mengekalkan daya saing mereka.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Selepas RAM Dan Storan, Harga CPU Pula Dijangka Meningkat
  • Harga Bakal Naik, Pengguna Dijangka Tangguh Beli Telefon Baru

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY