KTM Komuter Kini Sokong Pembayaran Kad Debit, Ketahui Ini Sebelum Guna

KTM Berhad baru-baru ini telah mengumumkan kad debit boleh digunakan mulai 11 November 2023, di Pintu Kawalan Automatik (ACG) bagi stesen perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang dan Utara.

Namun, timbul beberapa persoalan mengenainya, termasuk berkaitan Nilai Pegangan Sementara (Pre-Auth) dan lain-lain. Lanjutan itu, ketahui perkara di bawah sebelum anda menggunakan kad Debit di stesen KTM Lembah Klang dan Utara.

Jenis kad debit dan kadar tambang


Hanya kad MyDebit yang dikeluarkan oleh bank tempatan sahaja yang boleh digunakan, dengan mengaktifkan fungsi PayWave.

Sementara kadar penggunaan di ACG adalah mengikut kadar tambang dewasa.

Cara Penggunaan di ACG


Kad debit perlu diletakkan dengan tetap pada mesin pengimbas kad (IM30) untuk pengesahan kad sehingga skrin memaparkan mesej “Ticket Type: Adult” dan “Have a Nice Day” dan ACG mengeluarkan bunyi ‘Beep’.

Nilai Pegangan Sementara (Pre-Auth) RM30


KTM menjelaskan, Nilai Pegangan Sementara (Pre-Auth) merupakan amaun yang dipegang apabila kad debit yang telah diimbas di ACG berjaya mendapat pengesahan bank pengeluar kad tersebut.

KTM mengenakan jumlah amaun Pre-Auth sebanyak RM30, yang mana baki pemulangan akan dikreditkan semula dalam tempoh 1 hingga 3 hari. Sebagai contoh:

 RM30 (Pre-Auth) - RM18 (jumlah harga tambang) = RM12 (baki pemulangan)



Apa jadi kalau baki Pre-Auth kurang RM10?


Pre-Auth boleh dikenakan melebihi sekali dalam sehari, sekiranya baki nilai pegangan sementara kurang dari RM10 pada hari tersebut.

Macam mana kalau Pre-Auth tak dapat diperoleh?


Sekiranya Pre-Auth tidak dapat diperolehi, kad debit penumpang akan disenarai hitam dan penumpang perlu membuat pembayaran secara tunai di kaunter stesen destinasi.

Penumpang yang berstatus senarai hitam juga tidak dibenarkan memasuki kawasan berbayar di stesen KTM Komuter sekiranya menggunakan kad debit yang sama.

Bila kad debit yang disenarai hitam boleh guna semula?


Hanya setelah tuntutan dijelaskan oleh pelanggan di kaunter KTM Komuter.

Kalau disenarai hitam, transaksi lain boleh guna ke?


Ya. Senarai hitam kad debit tersebut hanya melibatkan perkhidmatan KTM Komuter sahaja.

Caj penalti kesalahan


Caj penalti akan dikenakan kepada pemegang kad debit sekiranya melakukan kesalahan berikut:



Bagi mengetahui selanjutnya mengenai penggunaan kad debit di ACG bagi perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang dan Utara, layaran pautan INI.

Sumber: KTM