Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pas Mingguan, Bulanan KTM Komuter Utara Ditukar Kepada Kad Komuter Link

Pas Mingguan, Bulanan KTM Komuter Utara Ditukar Kepada Kad Komuter Link

Diterbitkan Disember 23, 2024 oleh Amalina Athman

KTM Berhad (KTMB) baru-baru ini mengumumkan bahawa penggunaan tiket QR untuk pas mingguan dan bulanan KTM Komuter Utara akan ditamatkan dan ditukar kepada kad Komuter Link, berkuat kuasa 1 Januari 2025.

Penumpang boleh mendapatkan kad Komuter Link dengan harga RM10 (baki dalam kad RM0) di semua kaunter komuter.

Sementara tambah nilai boleh dilakukan sama ada melalui kios tiket (TVM) atau mana-mana kaunter komuter, dengan tambang untuk pas mingguan atau bulanan bergantung pada stesen permulaan dan stesen akhir yang dipilih.

ktmb pas mingguan komuter link

Bagi penumpang yang telah membuat pembelian pas mingguan atau bulanan sebelum 1 Januari 2025, ia masih boleh digunakan sehingga tarikh akhir yang dinyatakan pada tiket QR.

Dalam perkembangan lain, KTMB sebelum ini memaklumkan bahawa pihaknya akan melaksanakan sistem pembayaran tanpa tunai sepenuhnya untuk semua pembelian tiket di Sektor Lembah Klang, Utara, Selatan dan Pantai Timur, bermula tarikh yang sama.

Berkaitan

  • Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Ganjaran 'Rail Rewards' KTMB
  • KTMB Bakal Terima Tren ETS Generasi Ketiga Dari China, Mampu Pecut Selaju 160km/j
  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • KTMB Beralih Ke Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Sepenuhnya Mulai 1 Januari 2025

Sumber: KTM Berhad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY