Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ChatGPT for Powerpoint_1

Pengguna Kini Boleh Akses ChatGPT Dalam PowerPoint

Diterbitkan Mei 22, 2026 · Dikemas kini Mei 22, 2026 oleh Amalina Athman

OpenAI kini memperkenalkan integrasi ChatGPT dalam Microsoft PowerPoint yang membolehkan pengguna mencipta dan menyunting pembentangan secara terus melalui platform tersebut.

Melalui ciri baharu ini, pengguna boleh meminta ChatGPT menghasilkan slaid baharu, mengemas kini kandungan pembentangan sedia ada, menyusun semula struktur dek, menulis semula teks atau memperkemaskan slaid menggunakan arahan bahasa biasa.

Have you ever thought to yourself: I really don't want to make this PowerPoint.

Good news: ChatGPT can now create and edit presentations directly in PowerPoint.

Build, update, understand, and polish presentations directly in PowerPoint while keeping slides editable.

Now in… pic.twitter.com/q3rTN24AHh

— ChatGPT (@ChatGPTapp) May 21, 2026

Sebagai tambahan, kandungan yang dihasilkan masih boleh disunting dalam PowerPoint. Ini bermakna pengguna boleh membuat perubahan secara manual selepas ChatGPT menyiapkan pembentangan tersebut.

Selain teks dan susunan slaid, ChatGPT juga kini boleh menjana imej terus dalam PowerPoint bagi membantu menghasilkan pembentangan yang lebih lengkap tanpa perlu menggunakan aplikasi berasingan.

Ketersediaan

Ciri ini kini ditawarkan dalam versi beta secara global untuk pengguna ChatGPT Free, Go, Plus, Pro, Business, Enterprise, Edu, Teachers dan K-12. Namun begitu, akses masih bergantung kepada pelan langganan, tetapan organisasi dan kawalan pentadbir bagi akaun tertentu.

Untuk menggunakannya, pengguna perlu menambah ChatGPT for PowerPoint melalui menu Home > Add-ins dalam PowerPoint, kemudian cari “ChatGPT”. Tekan “Add” dan log masuk dengan akaun OpenAI masing-masing.

Pengguna Kini Boleh Akses ChatGPT Dalam PowerPoint

Secara default, data yang dikongsi dengan ChatGPT tidak digunakan untuk melatih model bagi ChatGPT Business, Enterprise, Edu dan Teachers.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • OpenAI Lancar ChatGPT Images 2.0 - Resolusi Sehingga 2K, Teks Lebih Jelas
  • ChatGPT Kini Guna GPT-5.5 Instant Sebagai Model 'Default'
  • OpenAI Integrasi Codex Dalam Aplikasi ChatGPT iOS Dan Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY