Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI Perkenal Ciri Urus Kewangan Dalam ChatGPT, Boleh Sambung Akaun Bank

OpenAI Perkenal Ciri Urus Kewangan Dalam ChatGPT, Boleh Sambung Akaun Bank

Diterbitkan Mei 18, 2026 · Dikemas kini Mei 18, 2026 oleh Amalina Athman

OpenAI kini memperkenalkan ciri baharu dalam ChatGPT yang membolehkan pengguna menghubungkan akaun bank untuk mendapatkan panduan berkaitan bajet, perbelanjaan dan pelaburan yang lebih diperibadikan.

Ciri ini dibangunkan melalui kerjasama dengan Plaid, platform yang membolehkan sambungan selamat antara aplikasi dan institusi kewangan. Melaluinya, pengguna boleh menyambungkan akaun bank, kad kredit, akaun pelaburan dan pelbagai akaun kewangan lain ke ChatGPT.

Selepas disambungkan, ChatGPT akan memaparkan papan pemuka (dashboard) yang memberikan gambaran keseluruhan kewangan pengguna.

OpenAI Perkenal Ciri Urus Kewangan Dalam ChatGPT, Boleh Sambung Akaun Bank

ChatGPT juga boleh menjawab pelbagai soalan berdasarkan data kewangan pengguna. Antaranya termasuk membantu merancang matlamat kewangan, mengira jumlah perbelanjaan ketika bercuti, mengenal pasti perubahan dalam tabiat perbelanjaan, menilai risiko pelaburan dan menyemak langganan bulanan yang mungkin boleh dibatalkan.

OpenAI Perkenal Ciri Urus Kewangan Dalam ChatGPT, Boleh Sambung Akaun Bank
OpenAI Perkenal Ciri Urus Kewangan Dalam ChatGPT, Boleh Sambung Akaun Bank
OpenAI Perkenal Ciri Urus Kewangan Dalam ChatGPT, Boleh Sambung Akaun Bank

Menurut OpenAI, integrasi ini membolehkan ChatGPT memberikan panduan kewangan yang lebih lengkap dan relevan kerana ia boleh mengakses maklumat seperti baki akaun, transaksi, pelaburan dan liabiliti. Namun begitu, ChatGPT tidak dapat melihat nombor akaun penuh dan tidak mempunyai akses untuk membuat sebarang perubahan pada akaun pengguna.

A preview for Pro users: a new personal finance experience in ChatGPT.

Pro users in the U.S. can securely connect financial accounts, see where their money is going, and ask questions based on the information they choose to connect.

Your full financial picture, now in ChatGPT. pic.twitter.com/NjbJqOqFRi

— ChatGPT (@ChatGPTapp) May 15, 2026

Buat masa ini, ciri tersebut hanya terhad untuk pengguna ChatGPT Pro di Amerika Syarikat melalui versi web dan aplikasi iPhone, dengan sokongan untuk lebih 12,000 institusi kewangan.

Syarikat itu akan menilai maklum balas pengguna awal terlebih dahulu sebelum memperluaskan ciri ini kepada pelanggan ChatGPT Plus, dan seterusnya kepada lebih ramai pengguna pada masa akan datang.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • OpenAI Dilapor Percepat Pembangunan Telefon AI, Mungkin Tiba Seawal 2027
  • ChatGPT Kini Guna GPT-5.5 Instant Sebagai Model 'Default'
  • OpenAI Integrasi Codex Dalam Aplikasi ChatGPT iOS Dan Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY