Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GPT-5.5 Instant

ChatGPT Kini Guna GPT-5.5 Instant Sebagai Model ‘Default’

Diterbitkan Mei 6, 2026 oleh Amalina Athman

OpenAI kini mula melancarkan GPT-5.5 Instant sebagai model default baharu dalam ChatGPT, dengan fokus untuk memberikan jawapan lebih tepat, jelas dan relevan kepada pengguna.

Kemas kini ini turut membawa perubahan pada gaya respons yang kini lebih ringkas dan menggunakan nada yang lebih semula jadi.

Menurut OpenAI, model ini menawarkan peningkatan dari segi kebolehpercayaan. Dalam penilaian dalaman, GPT-5.5 Instant menghasilkan 52.5% kurang dakwaan halusinasi berbanding GPT-5.3 Instant bagi soalan berisiko tinggi melibatkan bidang seperti perubatan, undang-undang dan kewangan. Ia juga mengurangkan dakwaan tidak tepat sebanyak 37.3% dalam perbualan yang mencabar dan sebelum ini ditandakan pengguna kerana kesilapan fakta.

GPT-5.5 Instant is more dependable, with significant improvements in factuality, especially in domains where accuracy matters most, like medicine, law, and finance.

It’s also stronger across everyday tasks, from analyzing image uploads to answering STEM questions to knowing when… pic.twitter.com/hkKwSs5eeq

— OpenAI (@OpenAI) May 5, 2026

Model ini turut lebih berkeupayaan dalam tugasan harian, termasuk menganalisis imej yang dimuat naik, menjawab soalan berkaitan STEM serta mengetahui bila carian web boleh membantu.

Dalam masa sama, ciri memori dan personalisasi turut ditambah baik. ChatGPT kini boleh memanfaatkan konteks daripada perbualan lalu, fail serta akaun Gmail yang disambungkan untuk menghasilkan jawapan yang lebih sesuai tanpa memerlukan pengguna mengulang maklumat.

We’re also improving memory and personalization.

ChatGPT can now better use context from saved memories, past chats, files, and connected Gmail accounts to give more personalized responses.

Memory sources show what relevant context was used to personalize a response and allow… pic.twitter.com/QeZc8SbnHK

— OpenAI (@OpenAI) May 5, 2026

Ciri ‘memory sources’ pula diperkenalkan bagi memaparkan konteks yang digunakan dalam sesuatu respons, di samping memberi kawalan kepada pengguna untuk mengemas kini atau memadam maklumat tersebut.

Ketersediaan

GPT-5.5 Instant is starting to roll out in ChatGPT.

It’s a big upgrade, giving you smarter, clearer, and more personalized answers in a warmer, more natural tone.

And it's also more concise, which we heard you wanted. We think you'll love chatting with it. pic.twitter.com/HSQOhjqxp7

— OpenAI (@OpenAI) May 5, 2026

GPT-5.5 Instant kini dilancarkan kepada semua pengguna ChatGPT bermula hari ini sebagai model default, menggantikan GPT-5.3 Instant, dan turut tersedia dalam API sebagai ‘gpt-5.5-chat-latest’.

Bagi pengguna berbayar, GPT-5.3 Instant masih boleh digunakan selama tiga bulan sebelum dihentikan.

Penambahbaikan personalisasi mula dilancarkan untuk pengguna Plus dan Pro di web terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke platform mudah alih tidak lama lagi.

Selain itu, ciri ‘memory sources’ juga sedang diperkenalkan merentasi semua pelan pengguna ChatGPT di web dan akan menyusul ke mudah alih.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • OpenAI Lancar ChatGPT Images 2.0 - Resolusi Sehingga 2K, Teks Lebih Jelas
  • OpenAI Perkenal GPT-5.5 - Digambarkan Kelas Kecerdasan Baharu, Lebih Pintar
  • OpenAI Dilapor Percepat Pembangunan Telefon AI, Mungkin Tiba Seawal 2027

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY