Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ios 18.111111

Pengguna Kemas Kini iOS 18.1 Lebih Pantas, Dua Kali Ganda Daripada iOS 17.1

Diterbitkan November 4, 2024 · Dikemas kini November 4, 2024 oleh Amalina Athman

Ciri Apple Intelligence yang dikeluarkan dalam iOS 18.1 mendorong lebih ramai pengguna untuk mengemas kini perisian baharu itu, kata CEO Apple Tim Cook dalam temu bual bersama CNBC.

Kami sudah mendapat maklum balas yang hebat daripada pelanggan dan pembangun dan statistik yang sangat awal, iaitu data bernilai tiga hari sahaja: Pengguna menggunakan iOS 18.1 pada kadar dua kali ganda daripada yang mereka pakai 17.1 pada suku tahun lalu.

Ia menandakan pandangan pertama pada penggunaan iOS 18 dari Apple setakat ini. Syarikat itu biasanya menambah butiran mengenai pemasangan kemas kini perisian ke laman web pembangunnya beberapa bulan selepas kemas kini dikeluarkan.

Minggu lalu, Apple telah melancarkan iOS 18.1 yang menawarkan sejumlah ciri baharu dan penambahbaikan. Antaranya termasuk set pertama Apple Intelligence seperti Writing Tools, ringkasan notifikasi dan ciri Clean Up dalam aplikasi Photos.

Sebagai perbandingan, iOS 17.1 menyertakan perubahan pada AirDrop, StandBy, indikator lampu suluh dan Apple Music, bersama-sama dengan penambahbaikan dan pembetulan pepijat.

Ketika ini, Apple juga sedang menguji iOS 18.2 beta versi pembangun. Kemas kini ini membawakan lebih banyak ciri Apple Intelligence, termasuk Image Playground, Genmoji, integrasi ChatGPT dan banyak lagi, serta dijangka akan dikeluarkan pada awal Disember.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • iOS 18.2 Beta 1 Tawar Lebih Banyak Ciri AI - Image Playground, Genmoji, ChatGPT
  • iOS 18.1 Kini Tersedia Dengan Sokongan Apple Intelligence
  • Cara Dapatkan Apple Intelligence Dalam iOS 18.1

Sumber: 9to5Mac

Gambar utama: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY