iOS 17.1 Kini Dilepaskan, Ini Antara Yang Baharu

Apple hari ini mengeluarkan iOS 17.1, iaitu kemas kini utama pertama untuk sistem operasi iOS 17, bagi iPhone XS dan terbaharu.

{suggest}

Dalam kemas kini iOS 17.1, ia menyediakan penambahbaikan, pembetulan pepijat serta sejumlah ciri baharu termasuk sokongan AirDrop dengan data mudah alih dan lain-lain.

AirDrop


Pengguna boleh terus menghantar atau menerima kandungan melalui data mudah alih apabila Wi-Fi tidak tersedia atau berada di luar liputan AirDrop.


StandBy


iPhone 14 Pro, iPhone 14 Pro Max, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max kini mempunyai pilihan baharu untuk mengawal masa paparan. Pengguna boleh memilih untuk membiarkannya aktif, terpadam secara automatik atau selepas 20 saat.


Apple Music


Apple kini menggantikan ciri "Love" kepada "Favourite" di Apple Music. Ia diperluas dengan menyertakan lagu, album dan senarai main, serta pengguna boleh menapis (filter) untuk memaparkan senarai favourite dalam library.



Berbanding sebelumnya, cadangan lagu akan kelihatan di bahagian bawah Playlists, yang mana pengguna dengan mudah boleh menambah lagu yang dicadangkan.


Indikator Flashlight


Dalam iOS 17.1, Dynamic Island kini memaparkan indikator lampu suluh apabila ia diaktifkan.


Penambahbaikan dan pembetulan pepijat


Selain ciri baharu, iOS 17.1 turut menyertakan penambahbaikan dan pembetulan pepijat. Antaranya termasuk:

  • Pilihan untuk memilih album spesifik untuk digunakan dengan Photo Shuffle pada Lock Screen.

  • Sokongan Home key untuk kunci Matter.

  • Membetulkan isu yang mungkin menyebabkan tetapan privasi Significant Location ditetapkan semula, apabila memindahkan Apple Watch atau memasangnya untuk pertama kali.

  • Menyelesaikan isu berkaitan nama pemanggil yang masuk mungkin tidak kelihatan apabila berada dalam panggilan lain.

  • Menyelesaikan isu berkaitan nada dering tersuai dan dibeli mungkin tidak kelihatan sebagai pilihan untuk nada mesej.

  • Membetulkan isu yang mungkin menyebabkan papan kekunci menjadi kurang responsif.

  • Pengoptimuman pengesanan nahas (semua model iPhone 14 dan iPhone 15).

  • Membetulkan isu yang mungkin menyebabkan pengekalan imej paparan (image persistence).


Bagaimanapun, perlu diketahui sesetengah ciri mungkin tidak tersedia untuk semua negara atau pada semua peranti Apple.

Untuk melakukan kemas kini iOS 17.1 secara OTA, pergi ke Settings > General > Software Update > Update Now. 

Gambar utama: 9to5Mac