Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image2

Pengguna iOS Kini Boleh Dail, Simpan Nombor Telefon Secara Terus Di WhatsApp

Diterbitkan Disember 13, 2024 · Dikemas kini Disember 13, 2024 oleh Amalina Athman

Diuji sejak April lalu, WhatsApp kini melancarkan ciri yang membolehkan pengguna untuk mendail nombor telefon secara terus melalui aplikasi pemesejan itu.

Dengan kemas kini WhatsApp iOS versi 2.24.25.75, pengguna boleh mengakses ciri ini melalui tab panggilan. Seterusnya klik pada ikon “+” dan pilih “Call a number”.

Pengguna iOS Kini Boleh Dail, Simpan Nombor Telefon Secara Terus Di WhatsApp

Setelah mendail nombor telefon di aplikasi WhatsApp, pengguna akan diberikan pilihan untuk membuat panggilan atau memulakan perbualan secara terus, tanpa perlu menyimpannya terlebih dahulu.

Seperti diumumkan sebelum ini, nombor yang anda dail juga boleh disimpan secara terus di aplikasi WhatsApp –  berasingan daripada kenalan yang disimpan pada telefon.

Dari segi kelebihan, kenalan yang disimpan secara terus di WhatsApp boleh dipulihkan (restore) sekiranya pengguna kehilangan telefon atau menukar peranti.

Pengguna iOS Kini Boleh Dail, Simpan Nombor Telefon Secara Terus Di WhatsApp

Pengguna juga masih mempunyai pilihan untuk selaraskan kenalan pada peranti atau jika tidak, senarai kenalan tersebut hanya boleh diakses melalui aplikasi WhatsApp sahaja (tiada dalam senarai kenalan pada peranti).

Secara ringkasnya begini:

  • Nombor yang disimpan pada telefon akan diselaraskan secara automatik ke WhatsApp – ditawarkan sejak awal lagi.
  • Baharu – Nombor yang disimpan terus di aplikasi WhatsApp tidak akan muncul dalam senarai kenalan telefon.
  • Baharu – Pilihan untuk selaraskan kenalan di aplikasi WhatsApp ke senarai kenalan telefon tetap tersedia – “Sync contact to phone”.

Ciri baharu ini berguna, terutamanya dalam keadaan di mana anda ingin mengasingkan kenalan peribadi dan perniagaan apabila mengurus lebih daripada satu akaun WhatsApp pada telefon yang sama.

Buat masa ini, keupayaan untuk mendail dan menyimpan nombor telefon secara terus di WhatsApp hanya ditawarkan untuk pengguna iOS.

Namun, laporan WABetaInfo mengatakan ciri ini mula tersedia untuk penguji WhatsApp beta dalam kemas kini versi Android 2.24.26.11.

Pengguna iOS Kini Boleh Dail, Simpan Nombor Telefon Secara Terus Di WhatsApp
WhatsApp beta untuk Android versi 2.24.26.11. Kredit: WABetaInfo

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • WhatsApp Perkenal Cara Lebih Mudah Urus Dan Tambah Kenalan
  • WhatsApp Akan Tamatkan Sokongan Versi iOS Terdahulu Bermula 5 Mei 2025
  • WhatsApp Memperkenalkan Butang Balas Pantas Untuk Mesej Suara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY