Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image

WhatsApp Akan Tamatkan Sokongan Versi iOS Terdahulu Bermula 5 Mei 2025

Diterbitkan Disember 2, 2024 ยท Dikemas kini Mei 5, 2025 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini memaklumkan bahawa aplikasi pemesejan itu hanya akan menyokong iOS versi 15.1 dan lebih baharu, bermula 5 Mei 2025.

Ini bermakna, peranti yang menjalankan versi lebih awal daripada iOS 15.1 tidak lagi boleh menggunakan aplikasi itu pada masa akan datang.

whatsapp sokongan iOS 15.1

Pada masa ini, WhatsApp menyediakan sokongan untuk peranti yang menjalankan Android 5.0 atau iOS 12 dan ke atas. Namun, dengan kemas kini akan datang, aplikasi pemesejan itu memerlukan sekurang-kurangnya iOS 15.1.

Perubahan ini kelak akan memberi kesan terutamanya kepada pengguna iPhone 5s, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus. Ia berikutan kemas kini iOS terakhir yang tersedia untuk model peranti berkenaan ialah iOS 12.5.7.

Sementara itu, pengguna dengan model iPhone lebih baharu yang masih menjalankan versi di bawah iOS 15.1 disarankan mengemas kini kepada versi terkini, bagi membolehkan anda terus menggunakan WhatsApp seperti biasa.

Bagi peranti Android, tiada perubahan atau sebarang pengumuman yang berkaitan dinyatakan setakat ini, dan WhatsApp boleh terus digunakan seperti biasa.

Berkaitan

  • WhatsApp Tidak Lagi Sokong Versi Android dan iOS Terdahulu Selepas 24 Oktober 2023
  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • WhatsApp Akan Mudahkan Hantar Banyak Gambar Dengan Ciri Baharu Ini
  • WhatsApp Perkenal Transkrip Mesej Suara

Sumber: WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY