Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Featured Image_1

Pengguna Beri Amaran Tentang Ciri Baru Perkongsian Lokasi Instagram

Diterbitkan Ogos 11, 2025 · Dikemas kini Ogos 11, 2025 oleh ariff bukhari

Instagram baru-baru ini telah pun memperkenalkan ciri baharu perkongsian lokasi melalui peta yang dikenali sebagai  ‘Instagram Map’.

Namun, ia mencetuskan kebimbangan privasi apabila sebahagian pengguna mendakwa lokasi mereka, termasuk alamat rumah, dikongsi tanpa disedari.

Ekoran itu, pengguna Instagram menasihati orang ramai untuk mematikan fungsi tersebut.

WhatsApp Image 2025-08-11 at 10.12.24
Tetapan Instagram Map boleh diakses dari aplikasi Instagram di Setting and activitiy > Story, live and location > Location sharing.

Ketua Instagram, Adam Mosseri, menegaskan perkongsian lokasi dimatikan secara lalai dan hanya diaktifkan jika pengguna memilih untuk mengaktifkannya serta boleh dihadkan kepada kumpulan tertentu.

Instagram menjelaskan ciri ini bertujuan memudahkan rakan berkongsi lokasi tempat menarik dan boleh ditutup pada bila-bila masa.

download (1)
WhatsApp Image 2025-08-11 at 10.14.58

Kebimbangan terhadap privasi ini muncul seminggu selepas juri persekutuan di San Francisco memutuskan Meta bersalah mengeksploitasi data kesihatan sensitif pengguna aplikasi Flo untuk menyasarkan iklan berbayar.

Kes tersebut menimbulkan persoalan tentang kepercayaan dan intergriti gergasi media sosial itu terhadap privasi penggunanya.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Akhirnya Adobe Perkenal Ciri Baharu Paling Dinanti Dalam Photoshop
  • Mirip TikTok, Instagram Kini Ada Ciri 'Repost'

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY