Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mirip TikTok, Instagram Kini Ada Ciri ‘Repost’

Mirip TikTok, Instagram Kini Ada Ciri ‘Repost’

Diterbitkan Ogos 7, 2025 · Dikemas kini Ogos 7, 2025 oleh Amalina Athman

Meta kini mengumumkan beberapa ciri baharu di Instagram, yang nampaknya diinspirasikan daripada pesaing.

Bermula hari ini, pengguna Instagram boleh berkongsi semula Reels dan siaran awam melalui butang ‘repost’.

Mirip TikTok, Instagram Kini Ada Ciri ‘Repost’

Mirip TikTok, segala kandungan yang dikongsi semula akan dipaparkan dalam tab ‘Repost’ di profil pengguna, selain akan turut disyorkan dalam feed pengikut.

Mirip TikTok, Instagram Kini Ada Ciri ‘Repost’

Setiap repost akan memaparkan kredit kepada pencipta asal. Bagi pencipta kandungan, ini bermakna jika siaran dikongsi semula oleh pengguna lain, ia mungkin disyorkan kepada pengikut pengguna tersebut, walaupun tidak mengikuti akaun asal.

Pengguna juga boleh menambah nota ringkas dalam gelembung komen yang muncul di skrin.

Mirip TikTok, Instagram Kini Ada Ciri ‘Repost’

Instagram turut memperkenalkan ciri baharu dipanggil ‘Instagram Map’, yang kelihatan mirip dengan fungsi peta di Snapchat. Melaluinya, pengguna boleh memilih untuk berkongsi lokasi terakhir dengan rakan, dan melihat peta bagi meninjau kandungan yang dikongsi pencipta dari lokasi menarik atau menyeronokkan.

Mirip TikTok, Instagram Kini Ada Ciri ‘Repost’
Mirip TikTok, Instagram Kini Ada Ciri ‘Repost’
Mirip TikTok, Instagram Kini Ada Ciri ‘Repost’

Peta ini boleh digunakan untuk meneroka kandungan berasaskan lokasi, dan sebarang siaran yang ditandakan dengan lokasi berpotensi dipaparkan di peta tersebut.

Perkongsian lokasi adalah ciri pilihan yang perlu diaktifkan secara manual, dan pengguna boleh tentukan dengan siapa lokasi dikongsi. Terdapat juga pilihan untuk tidak berkongsi lokasi di tempat tertentu atau dengan individu tertentu.

Mirip TikTok, Instagram Kini Ada Ciri ‘Repost’

Selain itu, Instagram kini menambah tab “Friends” dalam Reels, yang memaparkan kandungan awam yang telah disukai atau dikomen oleh rakan. Tab ini boleh diakses di bahagian atas antara muka Reels.

Berkaitan

  • Instagram Pertimbang Lancar Reels Sebagai Aplikasi Berasingan
  • CapCut Ada Pesaing Baharu - Instagram Edits
  • Seakan Instagram, Pengguna WhatsApp Kini Boleh Cuba Ciri Pelekat Baharu
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
©2026 WISER.MY