Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Facebook Kini Boleh ‘Hidupkan’ Gambar Profil Dengan Meta AI

Pengguna Facebook Kini Boleh ‘Hidupkan’ Gambar Profil Dengan Meta AI

Diterbitkan Februari 11, 2026 · Dikemas kini Februari 11, 2026 oleh Amalina Athman

Facebook hari ini memperkenalkan beberapa ciri baharu yang dikuasakan Meta AI, membolehkan pengguna lebih kreatif ketika berkongsi foto, siaran dan Stories.

Dengan Meta AI, gambar profil yang sebelum ini pegun (still photo) kini boleh ‘dihidupkan’ dengan animasi ringkas seperti melambai, konfeti, topi parti, fon kepala atau hati. Menurut Meta, lebih banyak animasi akan ditambah sepanjang tahun, namun buat masa ini tiada pilihan untuk menghasilkan animasi tersuai.

Pengguna boleh memilih foto daripada peranti atau gambar yang sudah dimuat naik ke Facebook, kemudian animasi yang dihasilkan boleh dikongsi terus di Feed atau dipaparkan pada profil.

Pengguna Facebook Kini Boleh ‘Hidupkan’ Gambar Profil Dengan Meta AI

Untuk bahagian Stories dan Memories pula, terdapat ciri Restyle yang membolehkan pengguna menukar gaya foto dengan mudah. Pengguna boleh memilih sama ada menaip perubahan yang diingini atau menggunakan pilihan sedia ada seperti gaya Anime, 3D dan lain-lain.

Pengguna Facebook Kini Boleh ‘Hidupkan’ Gambar Profil Dengan Meta AI

Bagi siaran teks, pengguna kini boleh menambah latar belakang animasi dengan klik pada ikon “A” dan pilih daripada pelbagai gaya yang tersedia.

Pengguna Facebook Kini Boleh ‘Hidupkan’ Gambar Profil Dengan Meta AI

Perlu diketahui bahawa ciri baharu ini dilancarkan secara berperingkat dan mungkin belum tersedia untuk semua pengguna.

Berkaitan

  • Tak Lama Lagi, Semua Video Di Facebook Akan Jadi 'Reels'
  • Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza
  • Meta Bakal Uji Langganan Premium Untuk Facebook, WhatsApp, Instagram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY