Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
plaza tol lebuh raya highway

Pengguna Dijangka Alami Perjalanan Lebih Lama, PLUS Seru Rancang Perjalanan Dengan Jadual Digital MyPLUS-TTA

Diterbitkan Mac 11, 2026 · Dikemas kini Mac 17, 2026 oleh ariff bukhari

Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 yang bakal menjelang tiba, PLUS Malaysia Berhad menjangkakan lonjakan trafik di lebuh raya utama khususnya aliran keluar dari Lembah Klang menuju ke kampung halaman.

“Berdasarkan trend perjalanan perayaan lalu dan jangkaan trafik musim perayaan tahun ini, pengguna lebuh raya dijangka mengalami tempoh waktu perjalanan yang lebih panjang semasa musim perayaan sekiranya memulakan perjalanan di luar waktu yang dicadangkan oleh MyPLUS-TTA. Namun, ianya juga bergantung kepada keadaan trafik semasa, insiden atau hal-hal luar jangka.” PLUS

Jadi, bagi memastikan perjalanan lebih lancar dan selesa, PLUS menggalakkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan dengan merujuk kepada jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA melalui aplikasi PLUS.

WhatsApp Image 2026-03-11 at 11.04.43
Aplikasi ini turut menyediakan maklumat lokasi plaza tol, R&R, hentian sebelah, kemudahan tersedia serta paparan CCTV trafik masa nyata.
WhatsApp Image 2026-03-11 at 11.09.12
MyPLUS-TTA membantu pengguna memilih waktu perjalanan optimum antara 18 hingga 30 Mac 2026 di Lebuhraya PLUS dan LPT2.

Dengan mematuhi saranan MyPLUS-TTA, perjalanan dijangka lebih efisien dan selesa.

PLUS menyatakan, persediaan telah dibuat dengan mengambil kira pola perjalanan dan analisis dapatan daripada musim perayaan terdahulu.

Justeru, PLUS menyeru orang ramai agar merancang perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke
Lembah Klang berpandukan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA melalui aplikasi PLUS.

“PLUS menasihatkan orang ramai supaya merancang dan menyusun jadual perjalanan mereka berdasarkan MyPLUS-TTA untuk pulang ke kampung dan kembali semula ke Lembah Klang selepas bercuti.”

MyPLUS TTA boleh diakses bagi perjalanan di Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai-Timur 2 (LPT2) di antara 18 Mac hingga 30 Mac 2026.

PLUS berharap langkah ini dapat membantu orang ramai menikmati perjalanan balik kampung dengan lebih teratur sepanjang musim perayaan.

Jika anda belum memasang aplikasi PLUS, bolehlah memuat turunnya secara percuma dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • PLUS Perkenal Sistem Pembayaran Tol Guna Pengecaman Nombor Plat, Lorong Bebas
  • Grab Uji 'Women-Only Rides' (Beta) Di Lembah Klang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
  • OPPO Perkenal ColorOS 17 Secara Global - Bawa Ciri AI Baharu, Prestasi Lebih Lancar, Keselamatan Dipertingkatkan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM100
  • Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC
  • NEXAL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad Berharga RM1,099
  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
©2026 WISER.MY