Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Diperdaya Video AI ‘Stadium Langit’ Untuk Piala Dunia 2034

Pengguna Diperdaya Video AI ‘Stadium Langit’ Untuk Piala Dunia 2034

Diterbitkan November 3, 2025 oleh ariff bukhari

Sebuah video yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) dan mendakwa memaparkan salah satu stadium bola sepak untuk Piala Dunia FIFA 2034 di Arab Saudi menjadi tular di media sosial minggu ini — namun ia langsung tidak berkaitan dengan rancangan rasmi kerajaan negara itu.

Video tersebut menunjukkan arena bercahaya di puncak sebuah pencakar langit telah dikongsi ribuan akaun di media sosial, dengan jutaan pengguna mempercayai ia adalah reka bentuk rasmi yang diumumkan Arab Saudi.

https://x.com/EdwinMusoni/status/1982482068400718255

Walaupun Riyadh pernah mengumumkan rancangan membina stadium di atas kompleks hartanah dalam projek mega futuristik The Line, reka bentuk sebenar tidak menyerupai klip yang tular itu.

“Reka bentuk ini palsu sepenuhnya dan tidak ada kaitan dengan sebarang projek rasmi Arab Saudi,” kata satu sumber kepada AFP.

Beberapa media Perancis yang sebelum ini melaporkan video tersebut sebagai projek rasmi kini telah memadam atau mengemas kini laporan mereka.

Pasukan penyiasatan digital AFP mengesan video itu ke akaun Instagram “hyporaultraworks”, yang sering berkongsi kandungan stadium futuristik berasaskan AI.

Pemilik akaun itu mengesahkan kepada AFP bahawa dia ialah pencipta asal klip berkenaan.

“Apa yang bermula sebagai konsep AI ringkas kini mendapat lebih 50 juta tontonan dan menjadi fenomena global,” katanya di Facebook.

Dia menambah bahawa video itu “hanya imaginasi AI semata-mata” dan tidak berkaitan dengan mana-mana projek sebenar di Arab Saudi.

Arab Saudi kini giat melabur dalam pembangunan infrastruktur menjelang penganjuran acara bola sepak terbesar dunia pada tahun 2034. – AFP

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • China Lancar BIOS Sendiri, Bakal Gegar BIOS Komputer Barat
  • KL Diiktiraf Antara 408 Bandar Paling Kreatif Di Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi, Maxis Terima Penganugerahan Spektrum Baharu Daripada MCMC
  • 3 Jam Pintar Bawah RM700
  • JomCharge Rancang Bangunkan 1,000 Stesen Pengecas EV Di Selangor Dalam 2 Tahun
  • Tourism Malaysia Dan Alipay+ Meterai MoU, Lancar Program Subsidi Pelancongan Eksklusif Berkuasa AI
  • Tune Protect Lancar TPXtra, Platform Insurans Dan Gaya Hidup Digital Terbaru
  • PC Anda Berisiko Hilang Akses Windows Update Jika Tidak Dikemas Kini
  • Kerajaan Perinci Pendekatan Baharu Tarif Elektrik Tahun Depan - TPM Fadillah
  • MyDigital ID Rancang Guna Kriptografi Pasca Kuantum - Persediaan Hadapi Ancaman Siber Komputer Kuantum
©2026 WISER.MY